Assalammualaikum...

Friday, December 18, 2009

Si Mawar dan Sang Kumbang


Si Mawar dan Sang Kumbang

Wahai Mawar,
Indahnya dirimu kembang mekar dan harum mewangi di taman
Menyuntik rasa cinta dan sayang sang kumbang untuk mendekatimu
Tetap ingin mendekatimu walaupun terluka dek kerana tajamnya durimu
Inilah bukti rasa cinta dan sayang sang kumbang demimu, Mawar
Alangkah bahagianya saat sang kumbang berjanji menyayangi

dan memilikimu seumur hidupnya
Alangkah bahagianya saat cinta dan sayang si Mawar
terhadap sang kumbang berbalas
Benar, sang kumbang amat di pujanya dahulu.
Mungkin kerana hebatnya sang kumbang mengatasi serangga-serangga yang lain


Sang kumbang berjanji benar-benar ingin setia
dan menyayangi sepanjang hayatnya
Terharu si Mawar dan sedaya upaya menempis

serangga-serangga yang lain dari mendekatinya
Betapa hebatnya sang kumbang pada Mawar
Sehingga menyerahkan madu yang dijaga dan disimpan rapi selama ini.
Lemahnya dirimu Mawar…hebatnya dirimu Sang Kumbang…
Bila halangan melanda, kau tinggalkan

dan biarkan Mawar menanggungnya sendirian
Benar, Mawar juga merelakan engkau menghiggapinya
Tapi tahukah engkau wahai Kumbang..
Mawar hanyalah sekuntum bunga…




Wahai Kumbang,
Tahukah akan engkau, betapa perit

dan deritanya Mawar menanggungnya sendirian?
Tahukah akan engkau Mawar sentiasa menantimu?
Tahukah engkau betapa Mawar cemburu melihat bunga-bunga yang lain?
Benar, Mawar tahu madunya tidak dapat dikembalikan..
Tapi, masihkah dengan janji-janjimu,

apapun jadi Mawar tetap menjadi milikmu?
Menjaganya dan sama-sama menanggungnya?
Apalah dayamu wahai Mawar…
Kerana engkau hanyalah sekuntum bunga…


Sangkaannya engkau berbeza dari serangga-serangga yang lain
Tapi benarlah apabila engkau sendiri sanggup menghisap madunya
Bererti engkau tiada bezapun dengan serangga-serangga yang lain
Benar, Mawar itu tidaklah sesempurna dan seindah seperti yang didambakan
Tapi, bajailah dan siramilah Mawar menjadi apa yang engkau dambakan
Betapa deritanya Mawar menanggungnya sendirian
Tiadakah sekelumit perasaan sayang dan tanggungjawab pada Si Mawar?
Pergi menghisap madu yang lain setelah sekuntum Mawar engkau tinggalkan


Wahai kumbang,
Benar, bukanlah pintamu dan kehendakmu

untuk meninggalkan Mawar sendirian
Seindah manapun bunga Mawar itu,
Pasti ada juga kekurangannya
Tapi wahai sang kumbang,
Janganlah engkau melihat kepada kekurangan yang ada padanya
Tapi lihatlah pada kelebihan dan persamaan yang ada pada Mawar.
Benar, engkau ingin membiarkan takdir penentu segalanya
Tapi mudahnya engkau melafazkan
Kerana Mawar yang menanggungnya sendirian.
Apakah engkau mendengar wahai sang kumbang?
Apalah daya kerana Mawar hanyalah sekuntum bunga…


Wahai Mawar,
Hadapilah dengan tabah
Engkau masih lagi bisa mengeluarkan haruman

dan keindahan pada serangga lain
Yang benar-benar dapat mengotakan janjinya padamu
Yang benar-benar dapat menerimamu seadanya
Menanti serangga yang berbeza dari serangga yang lain
Sabarlah wahai Mawar
Engkau masih lagi sekuntum mawar yang mekar dan berduri….


Saturday, December 5, 2009

Program Kembara dakwah dan Korban

Pada 29 November 2009 bersamaan 12 Zulhijjah 1430, Ahad. Ana selaku wakil dari Nisa’ Selayang bersama muslimat2 yang lain seramai 7 orang telah mengikuti satu program anjuran Pemuda Yayasan Amal Malaysia (Unit Amal) di perkampungan orang asli di Bukit Lagong, Gombak, Selangor. Sebelum tiba di tempat tersebut ana tertanya2 bagaimana agaknya persekitaran mereka. Melalui pengetahuan dan cerita dari kakak ana sendiri, orang2 asli kebiasaannya mempunyai persekitaran yang serba kekurangan dan agak kotor bagi sesiapa saja yang datang melawat kawasan tersebut. Agak pedalaman kawasan perumahan mereka sehinggakan tiada langsung ‘coverage’ dan agak sukar untuk kami saling berhubung antara satu dengan lain.

Memang lumrah manusia biasa apabila kita suka menilai dan menghukum dahulu sebelum melihat dan merasainya sendiri. Ana memang tak terkecuali. Semua tu bukan seperti yang ana sangkakan apabila ana melihat dengan mata sendiri orang-orang asli kini sudah semakin maju sedikit berbanding dahulu. Bukan lagi orang yang berkaki ayam ketika keluar rumah, tidak memakai baju, hidup hanya untuk makan, dan melahirkan zuriat saja. Buktinya ialah orang-orang asli kini sudah pandai bawa kereta dan motor!! Sudah pakai kasut dan selipar apabila keluar rumah!!Sudah ada astro!! Yang paling penting sekali mereka sudah ada asas agama islam dalam kehidupan seharian mereka...


Persekitaran di perkampungan mereka di kelilingi dengan hutan-hutan dan sungai-sungai yang membolehkan mereka mencari punca rezeki. Rumah mereka hanya sebilangan besar saja yang diperbuat dari batu dan yang selebihnya dari kayu.
Sebelum memulakan program, kami berhenti sebentar di hadapan rumah Tok Batin untuk menunggu kehadiran muslimat2 yang lain dan kami sedari banyak anjing2 berkeliaran. Ana yang agak fobia dengan anjing selepas kena kejar tahun2 lalu rasa lemah sikit...hu3.





Rumah mereka diperbuat dari kayu dan ada sebahagiannya dari batu. Biasanya rumah mereka didirikan di atas bukit.






















Kain rentang “Program Dakwah dan Korban”.













Cabutan bertuah dan hadiah2 untuk pemenang






Program dan penyertaan amat menggalakkan dan mendapat sambutan dari semua penduduk. Cabutan bertuah dan hadiah kepada pemenang disediakan sepanjang penyertaan mereka dalam sukaneka dan aktiviti2 seperti gotong-royong, korban seekor lembu dan kambing, pertandingan memancing, sepak takraw, makan buah epal, tarik upih, tiup belon sampai pecah, belon kasih sayang dan kupas bawang tanpa menggunakan tangan. Barangan dapur juga disediakan kepada setiap rumah tidak kira muslim ataupun tidak. Di sinilah dapat menunjukkan Islam itu agama yang sempurna dan berlaku adil pada semua agama.











Bergambar bersama Kak Syira di hadapan hadiah

















Kompang sebagai pembukaan program






















Kelihatan pemuda unit amal membantu penduduk membersihkan kawasan persekitaran








Semua penduduk membantu membersihkan kawasan persekitaran seperti surau, semak samun, halaman rumah, dalam hutan dan sebagainya. Bagi golongan wanita pula, mereka memasak di dapur bagi menyediakan juadah kepada semua yang menghadiri program tersebut berlaukkan daging korban tadi.






Mendengar ucapan dari Tok Batin





















Gelanggang sepak takraw







Walaupun hujan, tapi program masih dapat diteruskan. Pertandingan sepak takraw bagi kaum lelaki dan sukaneka bagi kaum wanita dan kanak-kanak. Kami wakil dari Nisa’ menguruskan hadiah dan sukaneka. Penyertaan para ibu dan anak2 mendapat sambutan.


Kesimpulannya, program yang menelan belanja sebanyak RM10,000 berjalan dengan begitu lancar walaupun hujan turun. Pelbagai hadiah lumayan dan sumbangan disediakan. Tidak lupa juga kepada peserta bukan islam, turut mendapat sumbangan ikhlas dari Yayasan Amal Malaysia dan setiap rumah juga menerima sedikit juadah daging korban. Bagi yang bukan beragama islam, mereka dibekalkan dengan daging kambing korban.
Tepat 5 petang, semua muslimat beransur pulang dan selebihnya para muslimin yang uruskan. Alhamdulillah...terjalin sudah ikatan mesra antara muslimat dengan penduduk kaum wanita.





Bergambar bersama Kak Nurul (Naqibah)