Assalammualaikum...

Monday, March 29, 2010

Artis bukan Ikon!!!





Assalammualaikum...

Artis bukan ikon!! Teringat suratkhabar yang ana terbaca dulu mengenai pendapat Wardina Safiyyah mengatakan artis bukanlah ikon yang patut dicontohi ketika menjadi ahli panel dalam program bual bicara di pusat beli belah KB Mall, Kota Bharu. Kagum dengan keberaniannya. Memang agak terbuka apabila Wardina membuat kenyataan begitu. Ada juga beberapa artis yang berang dan marah, 'siapa yang tergigit cili, dialah yang terasa pedas'.



Hiburan sekarang ini, memang agak membimbangkan. Pengaruh artis2 begitu besar sehinggakan anak kecil pun boleh menghafal lagu2 mereka. Sebut saja lagu mana2 artis, mereka boleh menghafal. Lagu Faizal Tahir, Aizat, Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Misha Omar, artis2 AF dan ramai lagi. Lebih menyedihkan lagi apabila ibubapa juga mengajak anak2 hadiri konsert. Malah, ada yang menyokong tindakan anak2 dengan penyediaan kain rentang dan sepanduk seolah2 menyokong perbuatan mereka.


Hiburan tiada salahnya kerana hiburan itu indah, tapi gunakanlah hiburan itu dengan cara yang betul. Sebagai contoh, Kelantan tidak menolak seratus peratus hiburan tetapi mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk berhibur. Konsert Jom Heboh yang diadakan di Kelantan, mereka raikan tapi dengan mengasingkan pengunjung kepada 3 bahagian iaitu lelaki, perempuan dan berkeluarga. Cara ini mampu dijadikan contoh dan mengelakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Mereka juga menjemput artis2 lelaki saja seperti Ramli Sarip, Jamal Abdillah, Akil Hayy dan ramai lagi.


Artis tidak sepatutnya dijadikan sebagai ikon kerana dunia artis itu sendiri penuh dengan keburukan dari kebaikan dan lebih kepada keseronokan dan kelalaian. Banyak keburukan artis2 seperti tidak bersolat, tidak berpuasa, jahil bercakap tentang agama, pergi ke kelab2 malam, menghisap dan mengedar dadah, meminum arak, berkhalwat, pergaulan bebas, dan macam2 lagi. Perceraian dikalangan artis juga semakin membimbangkan, saman menyaman semakin popular. Inikah yang kita ingin hidangkan pada anak2 masa akan datang?? Bacaan al-quran anak2 pun tak fasih, tapi lagu2 artis hafal sampai habis.

Artis2 perempuan pula sudah tiada perasaan malu. Dedah aurat sana sini, pakai tudung tak sempurna, berkepit, berpegangan tangan bukan muhrim, bergelak ketawa, bertepuk tampar, berpakaian seksi dan macam2 lagi. Artis di Malaysia serupa seperti artis di barat. Tiada beza langsung! Ada yang warnakan rambut/kuku, berpakaian ala2 hollywood, bertindik di lidah/pusat, terkinja2 menyanyi di atas pentas, terlompat sana sini, menyanyi di khalayak ramai dan sebagainya.



Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً
Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)




Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)



Bila ditegur, mulalah nak melenting dan berlagak pandai. Merasakan diri bijak dan pandai. Bila pertibaan hari anugerah, artis2 jadi sibuk dengan mula menempah baju dan raptai persembahan. Sebelum maghrib lagi mereka dah 'setting' rambut dan mekap, mewarna/memasang rambut dan sebagainya.


Nama tercalon di beberapa kategori dan tersenarai sebagai pemenang dan bila berucap di atas pentas, ucapan bersyukur yang tak terhingga pada tuhan kerana memberikan rezeki yang melimpah ruah kepadanya. Rezeki yang dapat dari menjual suara/tubuh, berlakon sampai menyentuh bukan mahram, dan sebagainya. Bila ditegur cara mereka mencari rezeki, melenting dan marah. Seboleh2nya nak juga menghalalkan yang haram.


Teringat satu bual bicara yang dihoskan rosyam nor, antara yang hadir ialah fauziah nawi, ustaz zawawi dan nazrey raihan di TV1 yang bertajuk 'Hiburan...jalan ke...?'. Ustaz Zawawi menjelaskan hiburan memang tiada salahnya tetapii jatuh haram jika ia bertentangan dengan syariat. Waktu itu,, Rosyam bertanya kepada ustaz zawawi bagaimana sekiranya ada 'part2' pelukan dan sentuhan antara ibu dan anak yang dilakonkan oleh rosyam dan fauziah. Niat mereka baik untuk tunjukkan kepada penonton tentang pentingnya kasih sayang seorang ibu dan anak. Ustaz zawawi menjawab, matlamat tidak menghalalkan cara sebab ia bertentangan dengan syariat kita. Walaupun hanya lakonan sebab kedua2 mereka bukanlah mahram. Banyak lagi cara untuk menunjukkan kasih sayang ibu dan anak. Katanya lagi, di Iran juga membuat cerita mengisahkan kasihsayang ibu dan anak tapi tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon yang bukan mahram. Tapi tetap boleh berjaya merangkul anugerah.
Fauziah nawi tetap melenting lagi, dia kata bagaimana nak sara keluarga sedangkan punca pendapatannya dari hasil lakonan untuk tanggung adiknya belajar, buat kebajikan dan lain2.
Ustaz zawawi balas, yang dibincangkan sekarang adalah sumber rezeki itu datang dari mana bukanlah dibelanjakan ke arah mana.. Yang haram tetap haram. Lihat bagaimana orang yang tinggi ilmuu agamanya menjawab setiap persoalan dari mereka yang masih perlukan bimbingan. Doakan moga para artis diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk kembali ke pangkal jalan.



Tinggalkan dunia glamor, tinggalkan dunia yang melalaikan dan sementara ini. Dekatkanlah diri kepada Allah S.W.T. Carilah kebahagiaan dunia akhirat. Kejarlah akhirat. Carilah rezeki yang halal untuk mendapat keberkatan dalam hidup. Jagalah Allah, pasti Allah juga menjagamu.


Bukanlahh niat ana untuk menilai apatah lagi menghukum golongan artis. Ada juga artis2 yang boleh dijadikan contoh seperti raihan, rabbani, hijjaz, Yusuf Islam, dan ramai lagi. Hiburan mereka lebih kepada ketuhanan dan mendidik jiwa. Golongan2 pemikir, tok guru, ahli ulama', para ilmuwan islam juga boleh dijadikan sebagai ikon dan idola. Inilah yang diperlukan oleh kita untuk mendidik jiwa dan menanamkan rasa cinta pada ALlah S.W.T.

Sunday, March 28, 2010

Peraturan Allah vs Peraturan Manusia





Assalammualaikum...

Terlebih dahulu ana ingin ucapkan tahniah kepada seorang sahabat seperjuangan sewaktu belajar di POLISAS yang telah selamat melahirkan anak lelaki pagi semalam. Semoga pengorbananmu melahirkan akan dibalas dengan kasih sayang dan rahmat Allah. Berusahalah dalam membentuk seorang mujahid dan mujahidah yang cintakan agama dan berjuang di jalan Allah S.W.T...Kelak keluargamu akan berkembang menjadi keluarga Islam seperti kembangnya wardah2 yang menyinari alam.... Doa ana juga sentiasa mengiringi sahabat2...^_^




Minggu ni ana agak terkilan kerana tidak dapat mengikuti program 'Jungle Tracking' anjuran Nisa' Putrajaya kerana terpaksa mengikuti Bengkel ' Social and Business Etiquette'. Belajar protokol, cara2 makan, cara menjaga kebersihan diri, cara menjaga penampilan diri dan banyak lagi. Modul yang wajib untuk ana hadiri dan akan memberi kesan kepada graduasi semester terakhir yang tidak mengikutinya. Tak mengapalah, demi belajar dan belajar itu pun satu jihad yang mulia...



Dalam kehidupan, terdapat peraturan dan undang2 yang terpaksa kita turuti. Ada peraturan yang diciptakan manusia sendiri yang tidak terkait dengan peraturan Allah contohnya membayar tiket 'parking' kereta, melarang orang lain berjaja di kawasan2 terlarang, membayar tol, membayar tiket, tidak boleh merokok di kawasan2 larangan, peraturan lalu lintas (ni saja idea yang terkeluar...^_^).




Jika peraturan tidak diikuti, pastinya kehidupan akan menjadi kucar-kacir dan haru biru. Contohnya jalanraya, pasti banyak berlaku kemalangan dan disebabkan itu manusia dikurniakan akal fikiran untuk mencipta peraturan supaya kehidupan menjadi lebih teratur, berdisiplin. Jika tidak, pasti masing2 saling cabar mencabar. Begitu juga dengan kehidupan seharian kita, semuanya ada peraturannya. Naik bas kena beratur dulu, perlu datang awal ke kelas, bila bekerja tidak boleh ponteng, statik mengikut jadual harian dan sebagainya.

Allah berfirman:

“Lahirlah kerosakan di lautan dan di daratan akibat dari tangan-tangan manusia”
[Q.S. Ar Rum : 41]



Peraturan Allah S.W.T pula adalah peraturan yang wajib kita ikuti. Contohnya peraturan melarang umat Islam dari berzina , meminum arak dan berjudi. Jadi hukumnya adalah haram jika melakukannya. Allah menetapkan peraturan seperti kita bersembahyang 5 kali sehari, berpuasa, membaca al-quran dan sebagainya. Begitu juga cara kita berpakaian, Allah telah menetapkan hukum berpakaian dengan menutup aurat seelok2nya. Jika Allah berkehendakkan ia begitu, begitulah ia. Allah bukan saja meletakkan peraturan kepada orang Islam saja malah orang kafir juga tetapi mereka hanya mengikut hawa nafsu semata2.



“Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum dari Allah maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang kafir” [Q.S. Al Maidah : 44]


Bolehkah jika kita melanggar peraturan Allah??boleh....tapi, ada syaratnya.
  1. Carilah tempat tinggal selain cakerawala Allah S.W.T
  2. Makan dan minumlah selain dari rezeki Allah S.W.T
  3. Bernafaslah selain dari udara Allah S.W.T
  4. Janganlah menganggap Allah itu Maha Melihat tapi anggaplah Allah itu lalai kepadamu
  5. Apabila malaikat maut datang, katakanlah 'tunggulah aku bertaubat dulu'


Sekiranya kita sebagai ketua dan pemimpin, apabila orang bawahan enggan mengikut peraturan2 dan undang2 yang kita tetapkan pastinya kita marah dan akan mengambil tindakan. Begitu juga Allah S.W.T, Dia pasti akan murka pada hamba2Nya yang enggan mengikutiNya. Akhir kalam, Allah menetapkan peraturan pada kita bukan kerana ingin menyekat kebebasan tapi kerana ingin menjaga diri dari terleka dengan duniawi dan mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat...hidup di dunia hanyalah sementara, di akhirat kelak yang kekal abadi...

Thursday, March 25, 2010

Fatimah Az-Zahra


Fatimah Zahra AS, adalah seorang contoh yang unggul dalam keutamaan ini. Dalam doanya, beliau sering berucap, “Ya Allah, kecilkanlah jiwaku di mataku dan tampakkanlah keagungan-Mu kepadaku. Ya Allah, sibukkanlah aku dengan tugas yang aku pikul saat Engkau menciptakanku, dan jangan Engkau sibukkan aku dengan hal-hal yang lain.”

Keikhlasan dalam beramal adalah jambatan menuju keredhaan dan kesejahteraan. Manusia yang memiliki jiwa keikhlasan akan terbebas dari seluruh belenggu hawa nafsu dan akan sampai ke tahap penghambaan murni. Keikhlasan akan memberikan keindahan, kebaikan, dan kejujuran kepada seseorang. Contoh terbaik dalam hal ini dapat ditemukan pada peribadi agung Fatimah Zahra AS. Seseorang pernah bertanya kepada Imam Mahdi AS, “Siapakah di antara putri-putri Nabi yang lebih utama dan memiliki kedudukan yang lebih tinggi?” Beliau menjawab, “Fatimah.” Dia bertanya lagi, “Bagaimana Anda menyebut Fatimah sebagai yang lebih utama padahal beliau hanya hidup singkat dan tidak lama bersama Nabi?” Beliau menjawab, “Allah memberikan keutamaan dan kemuliaan ini kepada Fatimah karena keikhlasan dan ketulusan hatinya.”


Sayyidah Fatimah dalam munajatnya sering mengungkapkan kata-kata demikian, “Ya Allah, aku bersumpah dengan ilmu ghaib yang Engkau miliki dan kemampuan penciptaan-Mu. Berilah aku keikhlasan. Aku ingin aku tetap tunduk dan menghamba kepada-Mu di kala senang dan susah. Saat kemiskinan mengusikku atau kekayaan datang kepadaku, aku tetap berharap kepada-Mu. Hanya dari-Mu aku memohon kenikmatan tak berujung dan kelapangan pandangan yang tak berakhir dengan kegelapan. Ya Allah, hiasilah aku dengan iman dan masukkanlah aku ke dalam golongan mereka yang mendapatkan petunjuk.”

Kecintaan Fatimah AS kepada Tuhan disebut oleh Rasulullah sebagai buah dari keimanannya yang tulus. Beliau bersabda, “Keimanan kepada Allah telah merasuk ke kalbu Fatimah sedemikian dalam, sehingga membuatnya tenggelam dalam ibadah dan melupakan segalanya.”

Manusia yang mengenal Tuhannya akan menghiasi perilaku dan tutur katanya dengan akhlak yang terpuji. Asma’, salah seorang wanita yang dekat dengan Sayyidah Fatimah AS mengatakan, “Aku tidak pernah melihat seorang pun wanita yang lebih santun dari Fatimah. Fatimah belajar kesantunan dari Dzat yang Maha Benar. Hanya orang yang terdidik dengan tuntunan Ilahi-lah yang bisa memiliki perilaku dan kesantunan yang suci. Ketika Allah swt melalui firman-Nya memerintahkan umat untuk tidak memanggil Rasul dengan namanya, Fatimah lantas memanggil ayahnya dengan sebutan Rasulullah. Kepadanya Nabi bersabda, “Fatimah, ayat suci ini tidak mencakup dirimu.” Dalam kehidupan rumah tangganya, putri Nabi ini selalu menjaga etika dan akhlak. Kehidupan Ali dan Fatimah yang saling menjaga kesantunan ini layak menjadi teladan bagi semua.

Poin penting lain yang dapat dipelajari dari kehidupan dan keperibadian penghulu wanita sejagat ini adalah sikap prihatin dan peduli yang ditunjukkan beliau terhadap masalah rumah tangga, pendidikan dan masalah sosial. Banyak yang berprasangka bahawa keimanan dan penghambaan yang tulus kepada Allah akan menghalangi orang untuk berkecimpung dalam urusan dunia. Kehidupan Sayyidah Fatimah Zahra AS mengajarkan kepada semua orang akan hal yang berbeza dengan anggapan itu. Beliau menegaskan bahawa dunia laksana anak tangga untuk menuju ke puncak kesempurnaan, dengan syarat hati tidak tertawan oleh tipuannya. Fatimah AS berkata, “Ya Allah, perbaikilah duniaku bergantungnya kehidupanku. Perbaikilah kondisi akhiratku, karena ke sanalah aku akan kembali. Panjangkanlah umurku selagi aku masih bisa berharap kebaikan dan berkah dari dunia ini…”

Detik-detik akhir kehidupannya telah tiba. Duka dan derita terasa amat berat untuk dipikul oleh putri tercinta Nabi ini. Meski demikian, dengan lemah lembut Fatimah bersimpuh di hadapan Sang Maha Pencipta mengadukan keadaannya. Asma berkata, “Saya menyaksikan saat itu Fatimah AS mengangkat tangannya dan berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan perantara kemuliaan Nabi dan kecintaannya kepadaku. Aku memohon kepada-Mu dengan nama Ali dan kesedihannya atas kepergianku. Aku memohon kepada-Mu dengan perantara Hasan dan Husein serta derita mereka yang aku rasakan. Aku memohon kepada-Mu atas nama putri-putriku dan kesedihan mereka. Aku memohon, kasihilah umat ayahku yang berdosa. Ampunilah dosa-dosa mereka. Masukkanlah mereka ke dalam surga-Mu. Sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pengasih dari semua pengasih.”

Sebelum ajal datang menjemputnya, Fatimah Zahra AS menghadap kiblat dalam berwudhu. Beliau mengangkat tangan dan berdoa, “Ya Allah, jadikanlah kematian bagai kekasih yang aku nantikan. Ya Allah, curahkanlah rahmat dan inayah-Mu kepadaku. Tempatkanlah rohku di tengah arwah orang-orang yang suci dan jasadku di sisi jasad-jasad mulia. Ya Allah, masukkanlah amalanku ke dalam amalan-amalan yang Engkau terima.”

Tanggal 3 Jumadi Tsani tahun 11 Hijriyyah, Fatimah Zahra putri kesayangan Nabi menutup mata untuk selamanya. Beliau wafat meninggalkan pelajaran-pelajaran yang berharga bagi kemanusiaan.




Wednesday, March 24, 2010

Sahabat Sejati




Assalammualaikum...


Syukran kerana sudi menjengah ke blog ana...doa ana sentiasa untuk sahabat2 agar diberkati dan dilindungi Allah S.W.T...^_^.




Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
segala yang terjadi
sudah suratan Ilahi



Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat dihati
Moga terubat segala
Keresahan dijiwa
Tak pernah kuingini


Aku telah pun sedaya tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku




Oh tuhan,
Tunjukkanku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman maafkan jikaku melukaimu
Moga ikatan ukhuwwah yang dibina ke akhirnya...

sahabat, pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi
semoga kita terus berada di bawah rahmat Ilahi

Aku tidakkan berdaya
Menahan hiba dan rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhala apa terjadi
Usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Oh tuhan,
Tunjukkanku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman maafkan jikaku melukaimu
Moga ikatan ukhuwwah yang dibina ke akhirnya


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudahku mengerti
Segala yang terjadi sudah suaratan Ilahi



Saturday, March 20, 2010

Cantikkah Aku???




Assalammualaikum...

Moga berada dalam rahmat Allah S.W.T selalu...^_^

Perempuan sering dikaitkan dengan bunga kerana bunga itu cantik. Bunga mawar, bunga melor, bunga matahari, bunga seri pagi, bunga tulip dan sebagainya. Kerana bunga mampu menyinari taman. Tapi tak semua bunga mampu mengeluarkan haruman di taman. Perempuan memang selalu berkeinginan untuk tampil cantik, boleh dikatakan cermin setiap masa ada disisi...Membelek2 wajah. Selagi tak puas hati, selagi itulah tidak berganjak dari cermin. Kalau boleh, seluruh tubuh dimanjakan dengan barangan kecantikan (Macam biasa buat je...^_^). Lumrahlah wanita begitu mementingkan kecantikan diri.


Cantikkah aku?? Mungkin ada segelintir dari kita yang bertanyakan pada diri sambil melihat cermin. Bagi yang merasakan dirinya cantik, terasa bangga dengan kecantikan yang dimiliki. Manakala, bagi yang merasakan dirinya tidak secantik orang lain mulalah merasa rendah diri dan kecewa. Ada yang tidak sanggup melihat wajahnya di cermin, apatah lagi berdepan dengan orang ramai. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa saja untuk nampak cantik.



Percaya tak kalau ana katakan tiada manusia hodoh dalam dunia ini? Setiap apa yang Allah ciptakan pasti indah kerana Allah Maha Indah dan Allah suka pada kecantikan dan keindahan. Allah tidak mencipta manusia hodoh tetapi Dia mencipta manusia dengan kecantikan yang berbeza2.



Ada yang hidung pesek, tapi wajahnya redup. Ada yang berwajah gelap tapi manis dipandang. Ada yang mata sepet, tapi sejuk mata memandang. Kalau kecantikan itu hanya terletak pada wajah semata2, lambat-laun akan dimamah usia juga suatu hari nanti. Ia hanyalah bersifat sementara saja. Jadi, wajah semata2 bukanlah ukuran kepada kecantikan. Sememangnya mata menilai kecantikan pada rupa paras seseorang. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati menentukan akhlak dan budi.





"Jika datang kepada kalian orang yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Sebab, jika kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di atas bumi dan kerosakan yang luas" (At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya, disetujui oleh Az-Zhahabi. Lihat Sahihul-Jami')



Janganlah merasakan diri tidak cantik seperti orang lain, seolah2 kita tidak bersyukur dengan nikmat dan kurniaan tuhan pada diri. Setiap kelemahan pasti ada kekuatannya. Jangan pula kerana ingin cantik kita sanggup mengubah ciptaan tuhan dengan melakukan pembedahan plastik, mencukur kening, mewarnakan rambut/kuku, menyambung rambut dan sebagainya kerana haram hukumnya. Biarlah bagaimana sekalipun rupa kita, jangan kerana ingin tampil cantik tergadai iman dan maruah.




“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana kecantikan, harta, nasab (keturunan) dan agama. Pilihlah yang agama kerana itu lebih memberi keuntungan”.


Janganlah juga merasakan diri kita cantik sehingga timbul perasaan riak dan bangga pada diri. Sehinggakan ada yang sanggup menyertai pertandingan ratu cantik, model, dan sebagainya. Mereka rela mempamerkan tubuh badan di khalayak ramai kerana bangga dengan kecantikan yang mereka miliki. Wanita2 yang cantik akhlaknya akan mempamerkan kecantikan diri hanya pada suami.



Cantik itu tidak salah, tapi orang selalu menggunakan kecantikan ke arah yang salah. Tanpa iman, kecantikan itu akan digunakan ke arah maksiat dan dosa. Kerana itu, cantik yang paling bermakna bilamana ia lahir dari dalaman dan terus melahirkan kecantikan di luaran.


Wanita ibarat bunga... Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara
Yang kekal menjadi pujaan manusia
Hanyalah wanita yang mulia akhlaknya
Tiada guna berwajah cantik tetapi buruk akhlaknya
Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu

Friday, March 19, 2010

Dosa meninggalkan SOLAT







Assalammualaikum...

Doa ana untuk sahabat2 moga hari2 disinari dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Syukran kerana sudi menjengah ke blog ana...^_^


Sudahkah kita menunaikan solat yang wajib pada waktu ini? Sesibuk mana sekalipun, jangan sesekali kita meninggalkan solat melainkan ada keuzuran.


DOSA-DOSA DAN BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:


Sembahyang Subuh

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.


Sembahyang Zohor

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam


Sembahyang Asar

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)


Sembahyang Maghrib

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.


Sembahyang Isya'

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

  • enam perkara di atas dunia
  • tiga perkara sewaktu hendak mati
  • tiga perkara sewaktu di dalam kubur
  • tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
  •