Assalammualaikum...

Monday, March 29, 2010

Artis bukan Ikon!!!





Assalammualaikum...

Artis bukan ikon!! Teringat suratkhabar yang ana terbaca dulu mengenai pendapat Wardina Safiyyah mengatakan artis bukanlah ikon yang patut dicontohi ketika menjadi ahli panel dalam program bual bicara di pusat beli belah KB Mall, Kota Bharu. Kagum dengan keberaniannya. Memang agak terbuka apabila Wardina membuat kenyataan begitu. Ada juga beberapa artis yang berang dan marah, 'siapa yang tergigit cili, dialah yang terasa pedas'.



Hiburan sekarang ini, memang agak membimbangkan. Pengaruh artis2 begitu besar sehinggakan anak kecil pun boleh menghafal lagu2 mereka. Sebut saja lagu mana2 artis, mereka boleh menghafal. Lagu Faizal Tahir, Aizat, Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Misha Omar, artis2 AF dan ramai lagi. Lebih menyedihkan lagi apabila ibubapa juga mengajak anak2 hadiri konsert. Malah, ada yang menyokong tindakan anak2 dengan penyediaan kain rentang dan sepanduk seolah2 menyokong perbuatan mereka.


Hiburan tiada salahnya kerana hiburan itu indah, tapi gunakanlah hiburan itu dengan cara yang betul. Sebagai contoh, Kelantan tidak menolak seratus peratus hiburan tetapi mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk berhibur. Konsert Jom Heboh yang diadakan di Kelantan, mereka raikan tapi dengan mengasingkan pengunjung kepada 3 bahagian iaitu lelaki, perempuan dan berkeluarga. Cara ini mampu dijadikan contoh dan mengelakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Mereka juga menjemput artis2 lelaki saja seperti Ramli Sarip, Jamal Abdillah, Akil Hayy dan ramai lagi.


Artis tidak sepatutnya dijadikan sebagai ikon kerana dunia artis itu sendiri penuh dengan keburukan dari kebaikan dan lebih kepada keseronokan dan kelalaian. Banyak keburukan artis2 seperti tidak bersolat, tidak berpuasa, jahil bercakap tentang agama, pergi ke kelab2 malam, menghisap dan mengedar dadah, meminum arak, berkhalwat, pergaulan bebas, dan macam2 lagi. Perceraian dikalangan artis juga semakin membimbangkan, saman menyaman semakin popular. Inikah yang kita ingin hidangkan pada anak2 masa akan datang?? Bacaan al-quran anak2 pun tak fasih, tapi lagu2 artis hafal sampai habis.

Artis2 perempuan pula sudah tiada perasaan malu. Dedah aurat sana sini, pakai tudung tak sempurna, berkepit, berpegangan tangan bukan muhrim, bergelak ketawa, bertepuk tampar, berpakaian seksi dan macam2 lagi. Artis di Malaysia serupa seperti artis di barat. Tiada beza langsung! Ada yang warnakan rambut/kuku, berpakaian ala2 hollywood, bertindik di lidah/pusat, terkinja2 menyanyi di atas pentas, terlompat sana sini, menyanyi di khalayak ramai dan sebagainya.



Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً
Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)




Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)



Bila ditegur, mulalah nak melenting dan berlagak pandai. Merasakan diri bijak dan pandai. Bila pertibaan hari anugerah, artis2 jadi sibuk dengan mula menempah baju dan raptai persembahan. Sebelum maghrib lagi mereka dah 'setting' rambut dan mekap, mewarna/memasang rambut dan sebagainya.


Nama tercalon di beberapa kategori dan tersenarai sebagai pemenang dan bila berucap di atas pentas, ucapan bersyukur yang tak terhingga pada tuhan kerana memberikan rezeki yang melimpah ruah kepadanya. Rezeki yang dapat dari menjual suara/tubuh, berlakon sampai menyentuh bukan mahram, dan sebagainya. Bila ditegur cara mereka mencari rezeki, melenting dan marah. Seboleh2nya nak juga menghalalkan yang haram.


Teringat satu bual bicara yang dihoskan rosyam nor, antara yang hadir ialah fauziah nawi, ustaz zawawi dan nazrey raihan di TV1 yang bertajuk 'Hiburan...jalan ke...?'. Ustaz Zawawi menjelaskan hiburan memang tiada salahnya tetapii jatuh haram jika ia bertentangan dengan syariat. Waktu itu,, Rosyam bertanya kepada ustaz zawawi bagaimana sekiranya ada 'part2' pelukan dan sentuhan antara ibu dan anak yang dilakonkan oleh rosyam dan fauziah. Niat mereka baik untuk tunjukkan kepada penonton tentang pentingnya kasih sayang seorang ibu dan anak. Ustaz zawawi menjawab, matlamat tidak menghalalkan cara sebab ia bertentangan dengan syariat kita. Walaupun hanya lakonan sebab kedua2 mereka bukanlah mahram. Banyak lagi cara untuk menunjukkan kasih sayang ibu dan anak. Katanya lagi, di Iran juga membuat cerita mengisahkan kasihsayang ibu dan anak tapi tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon yang bukan mahram. Tapi tetap boleh berjaya merangkul anugerah.
Fauziah nawi tetap melenting lagi, dia kata bagaimana nak sara keluarga sedangkan punca pendapatannya dari hasil lakonan untuk tanggung adiknya belajar, buat kebajikan dan lain2.
Ustaz zawawi balas, yang dibincangkan sekarang adalah sumber rezeki itu datang dari mana bukanlah dibelanjakan ke arah mana.. Yang haram tetap haram. Lihat bagaimana orang yang tinggi ilmuu agamanya menjawab setiap persoalan dari mereka yang masih perlukan bimbingan. Doakan moga para artis diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk kembali ke pangkal jalan.



Tinggalkan dunia glamor, tinggalkan dunia yang melalaikan dan sementara ini. Dekatkanlah diri kepada Allah S.W.T. Carilah kebahagiaan dunia akhirat. Kejarlah akhirat. Carilah rezeki yang halal untuk mendapat keberkatan dalam hidup. Jagalah Allah, pasti Allah juga menjagamu.


Bukanlahh niat ana untuk menilai apatah lagi menghukum golongan artis. Ada juga artis2 yang boleh dijadikan contoh seperti raihan, rabbani, hijjaz, Yusuf Islam, dan ramai lagi. Hiburan mereka lebih kepada ketuhanan dan mendidik jiwa. Golongan2 pemikir, tok guru, ahli ulama', para ilmuwan islam juga boleh dijadikan sebagai ikon dan idola. Inilah yang diperlukan oleh kita untuk mendidik jiwa dan menanamkan rasa cinta pada ALlah S.W.T.

1 comment:

  1. Aku baca start bawah pada gambar rosyam nor sampai abis. aku tertarik dgn keterangan ustaz zawawi. Aku pernah dengar dalam ceramah akhil hayy, katanya semua alat muzik buleh digunakan asalkan lirik yg tidak menyimpang.Aku ada sebuah band heavy metal dgn lirik2 ketuhanan dan kritik sosial tapi seorang kawan aku kata itu muzik syaitan, ustaz zawawi kata matlamat tidak menghalalkan cara, tapi kebanyakan lirik2 aku ambil daripada penyair2 islam seperti muhammad iqbal, daripada buku2 yg aku baca macam fazaile-amal dan sirah2 nabi. Apa yg aku sampaikan melalui lagu2 tersebut adalah dakwah tapi melalui pendekatan yg berbeza kerana muzik dan genre yg aku gunakan adalah gothic metal. Apakah pandangan penulis tentang ini...

    ReplyDelete