Assalammualaikum...

Saturday, March 20, 2010

Cantikkah Aku???




Assalammualaikum...

Moga berada dalam rahmat Allah S.W.T selalu...^_^

Perempuan sering dikaitkan dengan bunga kerana bunga itu cantik. Bunga mawar, bunga melor, bunga matahari, bunga seri pagi, bunga tulip dan sebagainya. Kerana bunga mampu menyinari taman. Tapi tak semua bunga mampu mengeluarkan haruman di taman. Perempuan memang selalu berkeinginan untuk tampil cantik, boleh dikatakan cermin setiap masa ada disisi...Membelek2 wajah. Selagi tak puas hati, selagi itulah tidak berganjak dari cermin. Kalau boleh, seluruh tubuh dimanjakan dengan barangan kecantikan (Macam biasa buat je...^_^). Lumrahlah wanita begitu mementingkan kecantikan diri.


Cantikkah aku?? Mungkin ada segelintir dari kita yang bertanyakan pada diri sambil melihat cermin. Bagi yang merasakan dirinya cantik, terasa bangga dengan kecantikan yang dimiliki. Manakala, bagi yang merasakan dirinya tidak secantik orang lain mulalah merasa rendah diri dan kecewa. Ada yang tidak sanggup melihat wajahnya di cermin, apatah lagi berdepan dengan orang ramai. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa saja untuk nampak cantik.



Percaya tak kalau ana katakan tiada manusia hodoh dalam dunia ini? Setiap apa yang Allah ciptakan pasti indah kerana Allah Maha Indah dan Allah suka pada kecantikan dan keindahan. Allah tidak mencipta manusia hodoh tetapi Dia mencipta manusia dengan kecantikan yang berbeza2.



Ada yang hidung pesek, tapi wajahnya redup. Ada yang berwajah gelap tapi manis dipandang. Ada yang mata sepet, tapi sejuk mata memandang. Kalau kecantikan itu hanya terletak pada wajah semata2, lambat-laun akan dimamah usia juga suatu hari nanti. Ia hanyalah bersifat sementara saja. Jadi, wajah semata2 bukanlah ukuran kepada kecantikan. Sememangnya mata menilai kecantikan pada rupa paras seseorang. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati menentukan akhlak dan budi.





"Jika datang kepada kalian orang yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Sebab, jika kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di atas bumi dan kerosakan yang luas" (At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya, disetujui oleh Az-Zhahabi. Lihat Sahihul-Jami')



Janganlah merasakan diri tidak cantik seperti orang lain, seolah2 kita tidak bersyukur dengan nikmat dan kurniaan tuhan pada diri. Setiap kelemahan pasti ada kekuatannya. Jangan pula kerana ingin cantik kita sanggup mengubah ciptaan tuhan dengan melakukan pembedahan plastik, mencukur kening, mewarnakan rambut/kuku, menyambung rambut dan sebagainya kerana haram hukumnya. Biarlah bagaimana sekalipun rupa kita, jangan kerana ingin tampil cantik tergadai iman dan maruah.




“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana kecantikan, harta, nasab (keturunan) dan agama. Pilihlah yang agama kerana itu lebih memberi keuntungan”.


Janganlah juga merasakan diri kita cantik sehingga timbul perasaan riak dan bangga pada diri. Sehinggakan ada yang sanggup menyertai pertandingan ratu cantik, model, dan sebagainya. Mereka rela mempamerkan tubuh badan di khalayak ramai kerana bangga dengan kecantikan yang mereka miliki. Wanita2 yang cantik akhlaknya akan mempamerkan kecantikan diri hanya pada suami.



Cantik itu tidak salah, tapi orang selalu menggunakan kecantikan ke arah yang salah. Tanpa iman, kecantikan itu akan digunakan ke arah maksiat dan dosa. Kerana itu, cantik yang paling bermakna bilamana ia lahir dari dalaman dan terus melahirkan kecantikan di luaran.


Wanita ibarat bunga... Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara
Yang kekal menjadi pujaan manusia
Hanyalah wanita yang mulia akhlaknya
Tiada guna berwajah cantik tetapi buruk akhlaknya
Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu

2 comments:

  1. PENUH DENGAN KATA-KATA YANG BERMAKNA.... TERIMA KASIH ATAS PERINGATAN INI.

    ReplyDelete