Assalammualaikum...

Sunday, April 18, 2010

Membaca BISMILLAH


Dilukis oleh sahabat facebook ana...syukran...~


Bismillahhirrahmannirahhim...Assalammualaikum...

Syukran pada sahabat2 yang sudi membaca blog ana...Ramai sahabat2 ana sudah bertambah. Alhamdulillah...Syukur pada tuhan ada kesempatan juga untuk ana menulis blog pada hari ini. Mungkin post2 ana selepas ini mengambil masa yang lama untuk ana updatekan kerana memberi ruang dan waktu untuk lebih fokus pada Final Exam. InsyaAllah...ana baru habis satu paper, ada lagi 3 paper akan datang.



Ada satu kisah teladan yang ana baca mengenai dua ekor syaitan yang gemuk dan kurus. Syaitan gemuk ditugaskan mengganggu orang2 kafir dan syaitan kurus pula ditugaskan mengganggu ahli2 ibadah. Syaitan gemuk nampak sihat, berpakaian indah, wangi dan kemas. Manakala, syaitan kurus nampak kusut, lesu, berbau, dan bertelanjang.


Syaitan gemuk bertanya kepada syaitan kurus kenapa dia berkeadaan seperti itu. Lesu tak bermaya. Syaitan kurus menjelaskan perihal dia menjadi seperti itu kerana setiap kali ahli2 ibadah ni ingin makan, mereka memulakan dengan membaca Bismillah dan menyebut nama Allah S.W.T. Setiap kali mereka nak memakai pakaian, mereka juga membaca Bismillah dan setiap kali mereka memakai wangi-wangian, mereka juga membaca Bismillah..tiada langsung peluang untuk syaitan kurus itu menumpang kesenangan mereka.



Syaitan gemuk ketawa. Dia bangga kerana orang2 kafir apabila mereka makan, memakai pakaian dan wangi-wangian mereka tidak perlu menyebut Bismillah. Jadi dia ada peluang untuk berkongsi bersama2 mereka. Dan kerana itu jugalah dia menjadi gemuk, kemas dan wangi...(dikalangan syaitan je kot).


Mesej yang ana cuba sampaikan pada blog ana ni bukanlah tips menjaga badan supaya tidak menjadi gemuk ataupun terlalu kurus seperti dua ekor syaitan tadi. v(^_^) . Tapi apa yang ana nak tekankan disini adalah betapa pentingnya membaca Bismillahirrahmanirrahim ataupun “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” pada permulaan setiap perbuatan. Mengingati ALlah S.W.T pada setiap perbuatan.


"BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)


Kefahaman kita mengenai bacaan Bismillah ialah apabila kita ingin membaca al-quran, makan dan minum saja tetapi perkara2 lain juga perlu kita didik dan menjadikannya sebagai amalan seperti memakai pakaian, memulakan sesuatu perbualan, memakai wangi2an, memasak, menyapu sampah, menjahit, berjalan, menaiki kenderaan dan segala aktiviti harian kita.



Allah S.W.T sendiri memerintahkan malaikat untuk mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah kerana banyak khasiatnya antaranya ialah terhindar dari musibah dan kecelakaan, terhindar dari kecurian, aman dan bebas dari gangguan syaitan, mengubati sesuatu penyakit, dan banyak lagi. Masuk ke dalam rumah pun perlu didahului dengan bacaan Bismillah dan disertakan dengan memberi salam. Apabila menulis sesuatu, tulislah Bismillah pada awalnya kerana Bismillah tertulis pada setiap wahyu yang ALlah turunkan kepada Jibrail. Ana juga telah mempelajari sesuatu iaitu dengan menulis dan membaca Bismillah setiap kali menulis Blog ^_^. Mudah2an ada berkahnya dan mendapat keredhaanNya.


Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"Tiada seorang hamba pun mengucapkan 'BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM" kecuali Allah s.w.t. perintahkan para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus (400) kebaikan."


Kita sering terlupa membaca Bismillah kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang remeh temeh tapi sebenarnya banyak khasiat dan kebaikannya. Segala2nya dalam hidup ini adalah kepunyaan Allah S.W.T, sebaik2nya kita memulakan sesuatu perkara dengan menyebut namaNya. Ana mengambil sedikit bait2 lagu dari kumpulan Raihan- Bismillah


Dimulakan dengan Bismillah,
Disudahi dengan Alhamdulillah,

Begitulah sehari dalam hidup kita,

Mudah2an diberkati Allah...


No comments:

Post a Comment