Assalammualaikum...

Monday, July 25, 2011

Hari Bersejarah~


Bismillahhirrahmannirahhim...assalammualaikum w.b.t ana ucapkan kepada sahabat2. Asiff jiddan, lama tak update blog..syukran kerana sudi menanti...^_^

Alhamdulillah, pada 2 julai 2011 (Sabtu) ana telah selamat ditunangkan dengan izin Allah. Syukran pada semua yang mendoakan dan sudi hadiri majlis.

Hari sebelum pertunangan, khamis (30 jun), mengambil kak iman dari puduraya. Pertama kali berjumpanya serba pink bajunya...^_^. Kami sempat singgah membeli barang2 di sekitar jalan TAR.


Tiba hari pertunangan, mak dan ayahla orang yang paling sibuk. Lauk-pauk semua emak yang masak dan yang lain bantu2 saja. Alhamdulillah, sampai rombongan dari pihak lelaki.hihi..orenya duduk dalam kereta je...:P .Pada pukul 12.32pm, ana selamat menjadi tunangan orang saat cincin disarungkan.^_^


Selesai majlis, tak sedar rupa2nya mata sakit menjadi kemerahan. tekak pun rasa tak selesa. demam rupanya...apapun, bersyukur semuanya telah selesai dan dipermudahkan. syukran pada ibuayah yang telah memberikan restu dan doa pada kami. Juga pada kak iman dan kak su kerana sentiasa menemani dan memberi semangat...^_^

Kepada si dia, semoga terikatnya tali pertunangan ini mampu membawaku mencambahkan lagi keimanan dan kecintaanku kepada Yang Esa. Semoga dia mampu membimbingku menuju redha Allah dan sama2 mengejar cinta Allah mendahului cinta sesama manusia. Agar dia juga menjadi sumber inspirasi dan semangatku untuk teruskan perjuangan Islam. Sepanjang tempoh pertunangan yang tak sampai setahun, didoakan agar Allah melindungi dari perkara2 yang mungkar kerana masing2 sibuk persiapkan diri menjadi soleh dan solehah. Amin Ya Rabb...

“Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilang jualah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi)

Semoga Allah permudahkan semuanya untuk kita menuju ke peringkat seterusnya....mencipta dan membina sebuah mahligai bahagia bersama mujahid dan mujahidah yang berjuang di jalan Allah...Amin Ya Allah...^_^







7 comments:

  1. assalammualaikum

    mabruk ya ukti

    Cantik:-)..

    ReplyDelete
  2. alfu mabruk ya ukhti.
    smoga kasih ke syurga hndakNYa~

    ReplyDelete
  3. syukran semua atas doa...alhamdulillah...^_^

    ReplyDelete
  4. selamat ya kakk...smoga slalu dalam lindungan ridho Illahi, sampai ke jenjang plaminan... Amiin ^__^"

    ReplyDelete