Assalammualaikum...

Sunday, February 14, 2010

Sedapnya Milkshake dan Lasagna...^_^


Assalammualaikum...


Moga berada dalam Rahmat Allah selalu...^_^

Alhamdulillah, ada satu resepi yang ana ingin berkongsi bersama...cara2 membuat Milkshake Coklat.


Bahan :


1 kotak besar susu putih Dutch Lady


3 1/2 cawan ais krim Coklat


1 cawan air Sprite


Cara membuat :


Masukkan semua bahan ke dalam blender


Bahan2 tadi diblender selama 2-3 minit. Siap dihidangkan.




Selamat Mencuba...^_^



Ana juga nak berkongsi cara2 membuat LASAGNA...Selamat Mencuba...^_^



Bahan-bahan utk white sauce:-


1. 1 sudu besar butter
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. garam secukup rasa
4. lada hitam
5. susu secukupnya
6. keju secukupnya – 3 sudu


Cara-cara membuat white sauce:

1. panaskan butter hingga cair.
2. masukkan tepung & kacau. matikan api. kacau hingga rata.
3. pasang api, masukkan susu & kacau rata.
4. masukkan garam, lada hitam serbuk & keju.
5. kacau hingga keju cair & sauce jadi pekat.


Bahan-bahan meat sauce:

1. 3 ulas bawang putih cincang
2. 1 labu bawang besar dadu
3. 1 biji tomato dadu
4. 2 carrot parut halus
5. 1/2 peket daging cincang
6. 1 tin kecil tomato puree
7. 1/3 botol sos spagethi (botol besar)
8. 1/2 tin cendawan butang hiris nipis
9. lada hitam & garam secukup rasa
10.1 sudu besar cili blender




Cara – cara membuat meat sauce:

1. panaskan butter dalam 2 sudu. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. masukkan cili blender dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato puree.
3. masukkan cendawan, tomato, bawang besar.
4. masukkan daging cincang & kacau rata hingga daging masak sedikit.
5. masukkan carrot & sos spagethi.
6. masukkan garam & lada hitam. didihkan.


Penyediaan lasagna:

1. sediakan loyang. untuk resepi ni, guna loaf ukuran 8" x 4".(ikut suka).
2. letak lasagna sheet di bawah kemudian bubuh meat sauce.
3. Letak lasagna sheet di atas meet sauce tadi
5. lapis dengan white sauce.
6. Bubuh lasagna sheet dan bubuh meat sauce diatasnya.
7. Bubuh white sauce atas meat sauce tadi
9. Taburkan dengan keju campuran dan bakar suhu 150 lebih kurang 25-30
minit.Sedia dihidang.

Thursday, February 11, 2010

Oh Sahabat...


Assalammualaikum kepada pembaca setia blog dan sahabat2 sekalian..Moga bertambah dan bercambah iman dan taqwa dalam diri....^_^


Sepanjang ana bergelar seorang pelajar di IPTA, dah bermacam2 orang ana jumpa. Sahabat yang paling bermakna dalam hidup ana bilamana susah dan senang bersama. Alhamdulillah, masih ada lagi sahabat ana yang begitu. Tapi, ada segelintir yang hanya suka bersama bila senang sahaja. Bila waktu sukar, sahabat lari meninggalkan kita. SAHABAT?apa itu sahabat?




'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’


Tidak ada dalam dunia ini hidup berseorangan, semuanya berpasang-pasangan. Kita tidak akan boleh lari dari berkawan dan adalah sesuatu yang tidak normal ataupun abnormal bagi manusia yang tidak suka berkawan. Sejahat mana pun seseorang itu, pasti tidak akan terlepas dari berkawan. Tapi sejauh mana seseorang sahabat itu?




Dalam Islam, amat dititikberatkan faktor2 memilih sahabat kerana mereka antara yang berperanan membentuk personaliti kita. Tak percaya? Cubalah lihat sahabat2 disekeliling kita. Justeru itu, buruk padahnya jika kita tersalah pilih kawan. Dalam suasana di IPTA ana, sudah banyak kali ana dengar dan lihat kebanyakkannya pelajar2 yang datang dari budaya dan cara hidup yang berbeza mudah terpengaruh dengan perkara2 yang tidak sihat. Antaranya, merokok, pergi 'clubbing', ponteng kelas, memakai pakaian menjolok mata bagi pelajar perempuan dan sebagainya.




Nampak remeh, tapi percayalah kawan mampu mempengaruhi personaliti dan cara hidup kita. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”



Apabila kita memilih sahabat, antara ciri2 yang perlu kita cari ialah;

-Apabila kita memerlukan pertolongannya, dia akan menghulurkan bantuan
-Apabila dia melihat keburukan kita, dia akan menyimpannya
-Apabila dia mendapat kebaikan daripada kita, dia akan menghargainya.
-Apabila datang bencana menimpa kita, dia akan berusaha meringankan beban kita.
-Apabila dia berselisihan faham dengan kita, dia akan mengalah demii untuk menjaga persahabatan kita.
-Apabila kita leka membuat kemungkaran dan maksiat, dia akan menasihati dan melarang kita
berbuat begitu.
-Dia sentiasa membantu kita dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat.



Lihatlah betapa pentingnya peranan sahabat yang baik dan sejati pada kita. Antara ciri2 kawan yang kita perlu tinggalkan ialah;



Sahabat Yang Tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.



Sahabat Hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat Pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.



Wahai kawan2 semua, berhati2lah dalam memilih kawan kerana kawan adalah cermin peribadi diri kita sendiri. Berkawanlah kerana ALLAH...^_^


Nur Sarahah Binti Abd Rahman

Hukum Menyambut Valentine

Assalammualaikum sahabat2...moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Ilahi. :)



Kebiasaannya pada setiap tahun, 14 Februari dianggap sebagai tarikh keramat bagi pasangan2 yang sedang berkasih. Hari Memperingati Kekasih dipanggil sebagai pengisytiharan ketulusan hati dan cinta kepada pasangan masing2. Ramailah pasangan2 kekasih memakai pakaian cantik2, berwarna merah jambu, tukar2 hadiah dan biasanya mesti ada bunga mawar merah..(Bunga Favourite ana tu...^_^)


Pasangan kekasih akan memadu asmara di merata2 tempat sehingga bermacam2 perkara maksiat dan zina yang akan berlaku demi untuk membuktikan cinta dan sayang mereka yang dibangga2kan. Setiap tahun ulamak2 akan mengingatkan kepada umat Islam agar dapat menghindarkan diri dari menyambut Hari Valentine ini, tapi seolah2 mencurah air ke daun keladi. Ana harap coretan ini dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta dan asmara kerana ia tiada kena-mengena dengan umat Islam malah hukumnya juga adalah haram.



Di sini, ada ana selitkan sejarah sambutan Hari Valentine dari artikel bacaan. Selamat Membaca ^_^

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.



Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.



Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.







Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.





Kalau kita fikirkan, Hari Valentine memang tiada kena-mengena dengan budaya dan agama kita. Malangnya, kita sendiri yang terikut2 dengan budaya asing.


Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud

Sunday, February 7, 2010

Kasihnya Ibu dan Ayah Membawa ke syurga...









Assalammualaikum...


Apa khabar iman kita pada hari ini?:-)


Cuti pertengahan semester akan tiba minggu hadapan, pasti ramai pelajar tak sabar2 nak pulang ke rumah masing2 setelah sebulan berada di kampus. Ana pun sama juga, walaupun selalu juga balik ke rumah pada hari minggu tapi ana selaluu semangat bab2 balik rumah ni..hehe.





Yang paling bahagia sekali bila ana pulang saja ke rumah, sejuk hati ini bila dapat melihat ibu menyambut dari pintu rumah. Dari jauh sudah tersenyum dan huluran tangan disambut lembut. Seperti biasa, ibu akan bertanya tentang hari2 yang ana lalui. Ayah macam biasa akan ke masjid pada waktu2 maghrib sehingga lepas isyak. Memang ana hormati dan kagum sangat dengan ayah.(^_^). Mendidik ana sehingga menjadi seperti sekarang, walaupun masih cetek ilmu agama dan duniawi tapi ana bersyukur dikurniakan ibu dan ayah seperti mereka. Hilang lelah dan tekanan bila dapat bersama mereka.





Ana kasihan pada anak2 menjadi anak derhaka. Bersusah payah ibuayah membesarkan mereka. Susu yang diberi tuba yang mereka balas. Lebih kasihan bila melihat ibuayah dibuang anak2 sendiri dan tidak mengaku ibuayah kandung sendiri.







Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).




Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim)




Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibuayah ini tidak terhenti semasa mereka hidup saja. Walaupun ibuayah sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka, membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibuayah adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.




Sesibuk mana pun anak, luangkan sedikit masa untuk ibuayah. Lebih2 anak lelaki...antara ibu dan isteri, pastilah ibu yang patut lebih diutamakan kerana tanggungjawab masih di bahu mereka. Tapi, ada anak yang bila sudah berkahwin dan memiliki isteri yang cantik jelita dan kaya raya, ibuayah terus dilupakan. Sebab itu dalam memilih calon isteri perlu mencari yang pandai menjaga hubungan kekeluargaan. Haha...ana sudah ke topik kahwin pulak...:P



Berbalik kepada cerita ana tadi, walaupun kadang2 mereka terasa hati dengan perlakuan dan kata2 dari anak2 kebiasaannya mereka hanya pendamkan saja. Puas nasihat dan tegur anak2 tapi tetap degil. Agaknya bila mereka sudah tiada, baru penyesalan timbul dalam hati. Ada yang pergi program motivasi anak soleh dan sebagainya, alhamdulillah terkesan dalam hati tapi sekejap saja. Pastu, berulang lagi. Fikirlah, tanpa mereka tak lahirlah kita ke dunia ini. Biar buruk dan teruk mana pun perangai ibuayah, mereka tetap ibuayah kita...(^_^)

Angah sayang mak dan ayah...(^_^)






Saturday, February 6, 2010


Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa



Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi



Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi



Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya



Kesopanannya memikat di hati

Mendamaikan jiwaku yang resah ini



Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku



Jika dia bukan milikku

Damaikanlah hatiku

Dengan ketentuan-Mu




Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan kumiliki




Tidak sekali dinodai nafsu

Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku

Redha hatiku dengan ketentuan-Mu



Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Thursday, February 4, 2010


Kenapa tak ada tangan seperti sotong?

Dah sebulan ana mulakan kuliah di semester terakhir ni...Sudah banyak assignment2, kerja2 group, research method, dan macam2 lagi nak kena siapkan dan hantar...Tak menang tangan rasanya nak buat semua. Letih, penat, mengantuk semua bercampur menjadi satu. Ana percaya, lepas cuti pertengahan sem tahun baru cina ni pasti lagi banyak kerja2 dan tugasan yang kena siapkan...Tak mengapalah, dah nama pun 'student' jadi itu perkara biasalah.Kata mak ana, itu belum lagi kahwin dan ada anak. Lagi sibuk dan banyak komitmen. Jadi, bersedialah dari sekarang...huhu.


Kadang2 ana terfikir, 'alangkah bagusnya jika tuhan kurniakan aku tangan yang banyak macam sotong'. 'Pasti semua kerja akan siap dengan cepat dan pantas'. Biasalah, kalau sudah ada kerja bertimbun2 nak kena siapkan, macam2 dalam fikiran. Selalu sangat bermonolog pada diri sendiri..hehe.


'Kenapa ALLAH jadikan manusia 2 tangan sedangkan sotong lagi banyak, tapi ALLAH tak jadikan sotong sebagai khalifah?'
~Sebab sotong itukan haiwan







'Apa salahnya kalau haiwan menjadi khalifah?'
~Haiwan tidak boleh berfikir, tidak ada akal'


Bertubi2 ana persoalkan dan jawab sendiri.huhu~
'Ini bermakna, 2 tangan manusia lebih hebat dari banyaknya tangan sotong sebab manusia ada akal'

”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: ”Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”. Tuhan berfirman: ”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”(Al-Baqarah:30)



Dan itulah yang membezakan manusia dengan haiwan..,Maha Suci ALLAH...:)
Itulah kelebihan yang ada pada manusia iaitu nikmat akal yang tidak dimiliki makhluk lain seperti kuatnya gunung, tingginya awan, luasnya lautan dan sebagainya. Kelebihan yang kita miliki mampu membuatkan kita berfikir ke tahap yang lebih jauh atau 'thinking out of the box'. Seperti situasi ana, walaupun ana hanya memiliki 2 tangan tapi dengan akal yang dimiliki sepatutnya ana mampu berfikir bagaimana untuk berdepan dengan masalah supaya kerja jadi mudah dan cepat.


Dengan akal, manusia mampu mencipta bahasa, kereta, rumah, pakaian, dan sebagainya. Hebatnya manusia, tapi hebat lagi ALLAH S.W.T yang menciptakan. Bermula dengan adanya otak, kemudian akal dengan mempelajari ilmu2 dunia dan akhirat. Setiap makhluk yang bernyawa pasti memiliki otak termasuklah haiwan tapi hanya manusia yang memiliki akal...



Manusia dikurniakan kaki oleh ALLAH dan bila akal mula berfikir, kaki tersebut digunakan untuk berjalan. Kenapa tidak menggunakan tangan untuk berjalan? Begitu banyak nikmat dan rahmat yang ALLAH beri pada hambaNYA. Bersyukur dengan kurniaan tuhan. Tapi, masih ada lagi yang tidak mensyukuri nikmat tuhan sehingga sanggup mengubah ciptaann tuhan. Yang pesek, nak mancung. Yang hitam, nak putih. Yang bibir nipis, nak tebal. Yang paling menyedihkan, orang Islam pun ada yang melakukannya. Bila ditanya kenapa mengubah ciptaan tuhan, jawapan 'famous amos' ialah 'itu antara saya dengan tuhan...'.Sebab tak tahu nak jawab apa dah.Terang2 benda itu salah..Minta kita semua dijauhkan...

Wardatul Shifa'
Nur Sarahah Abd Rahman



























Sunday, January 31, 2010

Tudung oh tudung...




Assalammualaikum...

Apa khabar iman hari ini? Harap hari2 yang berlalu penuh dengan iman dan amal...:)

Minggu lepas ana ada beli baju baru, tapi jadi pening kepala sebab kena sesuaikan dengan warna tudung pulak...sekarang ni agak susah sikit nak mencari tudung bidang labuh n besar sebab tudung yang berfesyen2 bagai cendawan tumbuh! Tudung Siti, tudung Ekin, Datuk K pn ada tudung sekarang ni.


Di sini ana ingin menyentuh mengenai pemakaian tudung bagi wanita...
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan
muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya.


Walaupun sekarang ni pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada
yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar
ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk
wanita-wanita Islam kini. Paling kasihan, wanita sering menjadi mangsa fesyen...tengoklah pada remaja2 n artis2 sekarang, ada yang bertudung kerana fesyen. Minta kita semua dijauhkan...


Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudaralaki-laki mereka, atau putera-putera saudaralaki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budakyang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-lakiyang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlahkamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".Surah An.Nuur (31)


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi
masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat
dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki
yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang
bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin
ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari
hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak
bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Ada juga yang memakai tudung kerana takut ahli keluarga marah dan sebab2 yang lain. Ketahuilah, memakai tudung bagi wanita islam adalah wajib!!


Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang
tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama
sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam
dengan agama mereka.


Lihatlah betapa besarnya nilai pemakaian tudung pada diri wanita islam. Kita sebagai pendakwah islam. Islam itu bermula pada diri kita sendiri. Tetapi, mengapa kita mengambil ringan? Hipokrit sungguh mereka yang bertudung tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah bertudung itu kerana kita ingin mengelakkan fitnah? Apatah lagi mereka yang tidak memakai tudung atau sekejap pakai dan sekejap buka. Apa sebenarnya yang mereka cari? Tepuk dada, tanyalah iman...


Segelintir orang selalu berkata, ''walaupun aku tidak bertudung atau kejap pakai kejap buka, tapi aku taklah seburuk perangai orang yang memakai tudung".Kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Tiada istilah "Bila dah sampai seru, aku bertudunglah..." dalam islam kerana sememangnya ia adalah wajib!!. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan
menutup aurat adalah satu dosa lain.


Bila individu itu sudah cantik peribadi dan penjagaan auratnya, barulah orang akan tertarik mendalami agama Islam..ingat, kita adalah pendakwah islam.Pembawa agama Islam. "ISLAM ON THE TOP!!!"...



Kalau sudah mula menutup aurat, elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi
berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang
Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari
Allah. Ingatlah, ALLah sentiasa memerhatikan kita. Tutuplah auratmu dengan sempurna dan kasihanilah kaum adam dan bantulah mereka memelihara penglihatan mereka.