Assalammualaikum...

Thursday, February 18, 2010

Ujian Buatmu...



Rasulullah SAW bersabda:
“Sungguh Allah akan menguji kamu dengan berbagai cubaan, sebagaimana kamu menguji (membakar) emas dengan api. Ada orang yang keluar (dari ujian tersebut) seperti emas murni, orang itulah yang dilindungi Allah dari kejelekan; ada juga orang yang keluar seperti emas yang tidak murni, orang itu masih dipenuhi keraguan; dan terakhir ada orang yang keluar seperti emas hitam, orang itulah yang terkena fitnah (siksa).” (HR Al Hakim dalam al-Mustadrak dan dia menganggapnya shahih no 7878. Hadits ini diriwayatkan juga oleh ath-Thabrani dalam al-Mu’jam)


Alhamdulillah..kita bertemu lagi. Doa ana semoga kita berada dalam rahmat Allah s.w.t



Sedih, kecewa, kesunyian, rindu, dan pilu barangkali kita alami dalam kehidupan. Tiada manusia yang berbahagia sepanjang masa. Tiada istilah 'HAPPY EVER AFTER' dalam dunia realiti. Semua itu adalah lumrah kehidupan. Juga, tiada pula manusia yang bersedih sepanjang hidupnya. Semuanya telah diatur sebaik2nya oleh Allah s.w.t.



Ujian adalah guru yang tidak bercakap tapi ia boleh mendidik dan mengajar kita. Semua yang berlaku adalah takdir dari Allah s.w.t. Antara bentuk2 ujian yang Allah turunkan ialah kehilangan/kematian seseorang yang kita sayangi, masalah kesihatan, kerja bertimbun, kemiskinan dan sebagainya. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian kita sering melatah seolah2 tidak dapat menerima hakikat kehidupan. Kita sering menyalahkan takdir. Kita juga menganggap tuhan itu tidak adil dan sengaja menyusahkan kita atau boleh jadi kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian pada kita. Tak percaya? Tepuk dada, tanyalah iman...



Marii kita sama2 berfikir apakah hikmahnya Allah turunkan ujian buat kita. Ia mengajar kita untuk bersikap sabar, redha, tawakkal, mendekatkan diri pada Allah dan sebagainya. Merasakan diri berdosa juga adalah 1 sikap terpuji kerana bila didatangkan ujian pada kita, barulah kita tersedar yang selama ini kita leka dan lalai. Allah masih sayangkan kita....:)


Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah nak kita tahu bagaimana rasanya kesakitan yang dialami oleh orang yang sakit. Supaya kita lebih bertimbang rasa, membantu dan menziarah mereka. Tapi, bagaimana pula kalau kita diuji dengan kehilangan/kematian seseorang yang amat kita sayangi? Allah sengaja menurunkan ujian ini buat kita supaya merasakan diri ini lemah dan kita tiada daya untuk menolak ketentuan Allah s.w.t. Dengan ujian ini, tertanam rasa kehambaan dalam hati, dapat membuang rasa bangga diri.


Jika kita sedari, ujian ini juga mendekatkan lagi diri kita pada tuhan dengan mengadu, mengharap, merintih, dan sentiasa merasakan Allah itulah tempat meminta. Semakin diuji, semakin bertambah iman kita pada Allah. Besar ganjarannya jika kita bersabar dengan ujian Allah s.w.t. tanpa mengeluh, meratap dan merungut.




Sebagai contoh, pada bulan Disember 2009 kalau tak silap ana ada 1 kisah yang terpapar pada suratkhabar tempatan mengenai suami yang terkorban ketika dalam perjalanan apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar pada pukul 1 petang. Sama2 terkorban, ibu dan bapanya. Semasa kejadian, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Taman Melati di sini selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Masjid Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Jarak lokasi kemalangan dengan rumah Mohd. Ariff hanya kira-kira lima kilometer. Mereka hanya sempat bernikah selama 3 jam saja...:(.


Pasti ramai yang masih teringat kisah ini. Sedih sekali bila mendengarnya apatah lagi dirasai sendiri oleh isteri mangsa...berat dugaan untuknya. Ketahuilah, bila kita merasakan ujian itu berat buat kita ada lagi yang lebih berat diuji dari kita....


Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”



Janganlah kerana ujian Allah pada kita, kita mula menjauhkan diri dariNYA. Merungut, membenciNYA dan memarahiNYA. Terimalah ujian sebagai ajaran ataupun didikan pada kita untuk lebih mendekatkan diri padaNYA. "SENYUMLAH DAN JANGANLAH BERSEDIH LAGI..."






















No comments:

Post a Comment