Assalammualaikum...

Saturday, December 4, 2010




Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke UNISEL Anjuran Nisa’ Selayang dan PKM Dun Templer.

Pada 24 November 2010, Rabu bersamaan dengan 17 Zulhijjah 1431M, Nisa’ Selayang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke UNISEL, Bestari Jaya, Selangor. Seramai 49 orang peserta termasuklah ahli Nisa’ Selayang telah menyertainya dengan menaiki sebuah bas sekolah. Peserta-peserta terdiri dari pelajar menengah atasan yang berumur 13-16 tahun. Sedikit taklimat diberikan kepada peserta-peserta berhubung lawatan dan juga penerangan mengenai Nisa’. Pada pukul 10 pagi, kami tiba di perpustakaan UNISEL dan disambut oleh mereka. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu peserta lelaki dan peserta perempuan untuk diberikan taklimat dan tunjuk ajar mengenai proses-proses peminjaman buku . Setiap tempat dan kawasan dalam perpustakaan telah dilawati dan diberikan penerangan yang jelas termasuklah proses peminjaman buku-buku, syarat-syarat yang dibolehkan untuk meminjam tesis atau buku-buku penting dan sebagainya. Matlamat utama lawatan ialah membangkitkan semangat peserta untuk terus meningkatkan usaha dan pencapaian dalam pembelajaran di peringkat sekolah, memberi pendedahan awal kepada peserta tentang bidang-bidang pengajian yang mereka minati, memberi pendedahan pada peserta kehidupan di alam universiti selain mereka dapat membuat persiapan untuk ke universiti dan mengisi cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Selesai menjelajah kawasan perpustakaan, pihak UNISEL membentangkan mengenai sejarah pertubuhan UNISEL serta kredibiliti yang diperlukan untuk mendapatkan tempat di dalam UNISEL. Di akhir pembentangan, peserta diberi peluang untuk mengajukan soalan dan diperhebatkan lagi dengan permainan kuiz. Sedikit cenderahati dari pihak UNISEL juga diberikan sebagai tanda kenang-kenangan. Pihak UNISEL juga menyediakan juadah makanan tengahari kepada kami. Selesai makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Pusat Sukan dan tibanya di sana disambut mesra oleh pihak UNISEL. Mereka menerangkan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sana. Di akhir perjalanan, kami menunaikan solat zohor di masjid berdekatan. Lawatan kami berakhir pada pukul 2 petang dan pulang dengan menaiki bas bersama-sama dengan kenangan yang terindah.



1 comment: