Assalammualaikum...

Friday, December 18, 2009

Si Mawar dan Sang Kumbang


Si Mawar dan Sang Kumbang

Wahai Mawar,
Indahnya dirimu kembang mekar dan harum mewangi di taman
Menyuntik rasa cinta dan sayang sang kumbang untuk mendekatimu
Tetap ingin mendekatimu walaupun terluka dek kerana tajamnya durimu
Inilah bukti rasa cinta dan sayang sang kumbang demimu, Mawar
Alangkah bahagianya saat sang kumbang berjanji menyayangi

dan memilikimu seumur hidupnya
Alangkah bahagianya saat cinta dan sayang si Mawar
terhadap sang kumbang berbalas
Benar, sang kumbang amat di pujanya dahulu.
Mungkin kerana hebatnya sang kumbang mengatasi serangga-serangga yang lain


Sang kumbang berjanji benar-benar ingin setia
dan menyayangi sepanjang hayatnya
Terharu si Mawar dan sedaya upaya menempis

serangga-serangga yang lain dari mendekatinya
Betapa hebatnya sang kumbang pada Mawar
Sehingga menyerahkan madu yang dijaga dan disimpan rapi selama ini.
Lemahnya dirimu Mawar…hebatnya dirimu Sang Kumbang…
Bila halangan melanda, kau tinggalkan

dan biarkan Mawar menanggungnya sendirian
Benar, Mawar juga merelakan engkau menghiggapinya
Tapi tahukah engkau wahai Kumbang..
Mawar hanyalah sekuntum bunga…




Wahai Kumbang,
Tahukah akan engkau, betapa perit

dan deritanya Mawar menanggungnya sendirian?
Tahukah akan engkau Mawar sentiasa menantimu?
Tahukah engkau betapa Mawar cemburu melihat bunga-bunga yang lain?
Benar, Mawar tahu madunya tidak dapat dikembalikan..
Tapi, masihkah dengan janji-janjimu,

apapun jadi Mawar tetap menjadi milikmu?
Menjaganya dan sama-sama menanggungnya?
Apalah dayamu wahai Mawar…
Kerana engkau hanyalah sekuntum bunga…


Sangkaannya engkau berbeza dari serangga-serangga yang lain
Tapi benarlah apabila engkau sendiri sanggup menghisap madunya
Bererti engkau tiada bezapun dengan serangga-serangga yang lain
Benar, Mawar itu tidaklah sesempurna dan seindah seperti yang didambakan
Tapi, bajailah dan siramilah Mawar menjadi apa yang engkau dambakan
Betapa deritanya Mawar menanggungnya sendirian
Tiadakah sekelumit perasaan sayang dan tanggungjawab pada Si Mawar?
Pergi menghisap madu yang lain setelah sekuntum Mawar engkau tinggalkan


Wahai kumbang,
Benar, bukanlah pintamu dan kehendakmu

untuk meninggalkan Mawar sendirian
Seindah manapun bunga Mawar itu,
Pasti ada juga kekurangannya
Tapi wahai sang kumbang,
Janganlah engkau melihat kepada kekurangan yang ada padanya
Tapi lihatlah pada kelebihan dan persamaan yang ada pada Mawar.
Benar, engkau ingin membiarkan takdir penentu segalanya
Tapi mudahnya engkau melafazkan
Kerana Mawar yang menanggungnya sendirian.
Apakah engkau mendengar wahai sang kumbang?
Apalah daya kerana Mawar hanyalah sekuntum bunga…


Wahai Mawar,
Hadapilah dengan tabah
Engkau masih lagi bisa mengeluarkan haruman

dan keindahan pada serangga lain
Yang benar-benar dapat mengotakan janjinya padamu
Yang benar-benar dapat menerimamu seadanya
Menanti serangga yang berbeza dari serangga yang lain
Sabarlah wahai Mawar
Engkau masih lagi sekuntum mawar yang mekar dan berduri….


Saturday, December 5, 2009

Program Kembara dakwah dan Korban

Pada 29 November 2009 bersamaan 12 Zulhijjah 1430, Ahad. Ana selaku wakil dari Nisa’ Selayang bersama muslimat2 yang lain seramai 7 orang telah mengikuti satu program anjuran Pemuda Yayasan Amal Malaysia (Unit Amal) di perkampungan orang asli di Bukit Lagong, Gombak, Selangor. Sebelum tiba di tempat tersebut ana tertanya2 bagaimana agaknya persekitaran mereka. Melalui pengetahuan dan cerita dari kakak ana sendiri, orang2 asli kebiasaannya mempunyai persekitaran yang serba kekurangan dan agak kotor bagi sesiapa saja yang datang melawat kawasan tersebut. Agak pedalaman kawasan perumahan mereka sehinggakan tiada langsung ‘coverage’ dan agak sukar untuk kami saling berhubung antara satu dengan lain.

Memang lumrah manusia biasa apabila kita suka menilai dan menghukum dahulu sebelum melihat dan merasainya sendiri. Ana memang tak terkecuali. Semua tu bukan seperti yang ana sangkakan apabila ana melihat dengan mata sendiri orang-orang asli kini sudah semakin maju sedikit berbanding dahulu. Bukan lagi orang yang berkaki ayam ketika keluar rumah, tidak memakai baju, hidup hanya untuk makan, dan melahirkan zuriat saja. Buktinya ialah orang-orang asli kini sudah pandai bawa kereta dan motor!! Sudah pakai kasut dan selipar apabila keluar rumah!!Sudah ada astro!! Yang paling penting sekali mereka sudah ada asas agama islam dalam kehidupan seharian mereka...


Persekitaran di perkampungan mereka di kelilingi dengan hutan-hutan dan sungai-sungai yang membolehkan mereka mencari punca rezeki. Rumah mereka hanya sebilangan besar saja yang diperbuat dari batu dan yang selebihnya dari kayu.
Sebelum memulakan program, kami berhenti sebentar di hadapan rumah Tok Batin untuk menunggu kehadiran muslimat2 yang lain dan kami sedari banyak anjing2 berkeliaran. Ana yang agak fobia dengan anjing selepas kena kejar tahun2 lalu rasa lemah sikit...hu3.





Rumah mereka diperbuat dari kayu dan ada sebahagiannya dari batu. Biasanya rumah mereka didirikan di atas bukit.






















Kain rentang “Program Dakwah dan Korban”.













Cabutan bertuah dan hadiah2 untuk pemenang






Program dan penyertaan amat menggalakkan dan mendapat sambutan dari semua penduduk. Cabutan bertuah dan hadiah kepada pemenang disediakan sepanjang penyertaan mereka dalam sukaneka dan aktiviti2 seperti gotong-royong, korban seekor lembu dan kambing, pertandingan memancing, sepak takraw, makan buah epal, tarik upih, tiup belon sampai pecah, belon kasih sayang dan kupas bawang tanpa menggunakan tangan. Barangan dapur juga disediakan kepada setiap rumah tidak kira muslim ataupun tidak. Di sinilah dapat menunjukkan Islam itu agama yang sempurna dan berlaku adil pada semua agama.











Bergambar bersama Kak Syira di hadapan hadiah

















Kompang sebagai pembukaan program






















Kelihatan pemuda unit amal membantu penduduk membersihkan kawasan persekitaran








Semua penduduk membantu membersihkan kawasan persekitaran seperti surau, semak samun, halaman rumah, dalam hutan dan sebagainya. Bagi golongan wanita pula, mereka memasak di dapur bagi menyediakan juadah kepada semua yang menghadiri program tersebut berlaukkan daging korban tadi.






Mendengar ucapan dari Tok Batin





















Gelanggang sepak takraw







Walaupun hujan, tapi program masih dapat diteruskan. Pertandingan sepak takraw bagi kaum lelaki dan sukaneka bagi kaum wanita dan kanak-kanak. Kami wakil dari Nisa’ menguruskan hadiah dan sukaneka. Penyertaan para ibu dan anak2 mendapat sambutan.


Kesimpulannya, program yang menelan belanja sebanyak RM10,000 berjalan dengan begitu lancar walaupun hujan turun. Pelbagai hadiah lumayan dan sumbangan disediakan. Tidak lupa juga kepada peserta bukan islam, turut mendapat sumbangan ikhlas dari Yayasan Amal Malaysia dan setiap rumah juga menerima sedikit juadah daging korban. Bagi yang bukan beragama islam, mereka dibekalkan dengan daging kambing korban.
Tepat 5 petang, semua muslimat beransur pulang dan selebihnya para muslimin yang uruskan. Alhamdulillah...terjalin sudah ikatan mesra antara muslimat dengan penduduk kaum wanita.





Bergambar bersama Kak Nurul (Naqibah)



Wednesday, November 11, 2009

Isu Mak Nyah


Alhamdulillah..dah lama rasanya ana tak online atas sebab broadband tak bayar..hehe..takpe2, tak bermakna dakwah sampai disini saja...insyaAllah...

Beberapa minggu ni, ana agak sibuk dengan final exam.semester kali ni ana betul2 berusaha bersungguh2.kalau mak tahu ni, mesti bangga dengan ana.hehe...(selama ni agak malas skit).


Berbalik kepada topik utama kita kali ni mengenai isu yang hangat.huhu...boleh dikatakan setiap minggu dalam semester, ana mesti balik ke rumah dari hostel.tapi tengok juga pada keadaan. kalau tak ada discussion group or apa2 assignment, tak balik la. Ada 1 cerita ana nak berkongsi dengan semua, pernah sewaktu ana dalam perjalanan nak ke rumah. Ana sedang berjalan2 tiba2 ternampak 2 orang 'perempuan' atau 'lelaki' ana tak berapa pasti jantinanya..kelembutan dan gaya macam perempuan tapi saiz badan macam lelaki. Agaknya hanya satu title yang dapat ana rungkaikan iaitu mak nyah. pakaian pun mcam perempuan. Ana pandang 2 orang tu, nak senyum tak nampak pulak sebab ana pakai purdah. huhu...tapi ana terdengar2 mulut golongan tu bercakap masa lalu di sebelah ana, "Astaghfirullahalazim..ko ni bila nak insaf?" kata salah seorang dari mak nyah tu kepada kawannya sambil ketawa2..em..ana buat kesimpulan kat sini, sama ada mereka sindir diri sendiri atau tahu dosa dan pahala tapi memperlekehkannya atau jahil.




hukum telah jelas menyebut setiap lelaki tidak boleh menyerupai perempuan serta sebaliknya perempuan tidak boleh menyerupai lelaki kerana hukumnya haram serta dilaknat Allah.


Moga Allah melindungi kita semua dari perkara2 yang dimurkaiNya. Kita tengok pada hiburan sekarang, ramai penerbit2 berebut untuk komersialkan dan hasilkan cerita tentang mak nyah, pondan, bapok atau sewaktu dengannya. Mesej mereka memanglah jelas untuk memberi pengajaran. Banyak lagi cara mereka untuk menyampaikan mesej pada orang ramai tapi bukan dengan cara melanggar hukum tuhan. Melihat bapa2, abang2 atau adik2 lelaki berlakon sebagai perempuan betul2 memalukan kaum adam. Mana letaknya maruah? Dah jelas perkara itu adalah haram walaupun bertujuan untuk kebaikan. Bagaimana jika ditonton oleh kanak2 yang tak tahu apa2, yang masih perlukan bimbingan? Cuma ingatlah satu perkara, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!

Melihatkan pada berita yang ana baca, ratu pondan!! betul2 berlaku di negara Thailand yang sememangnya terkenal dengan sikap keterbukaan pada golongan mak nyah, pondan, bapok dan sebagainya. Penerimaan masyarakat mereka terhadap golongan ini sangat luar biasa,huhu...

Sunday, November 1, 2009


Tuhan tidak pernah 'tinggalkan' kita...

Azamin Amin Tue Oct 27, 09 11:37:03 am MYT
"...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam ujian."
Kadang-kadang ujian silih berganti, pasang-surut tanpa henti membuatkan saya pernah bertanya apakah sebab dilahirkan ke dunia ini. Adakah untuk merasai kesakitan dan 1000 kepayahan mendatang?
Kata-kata itu terpacul tatkala, saya masih cukup naif agama dan kosong jiwa. Lantas, bertanya kepada seorang tua, di sebuah warung, berhampiran rumah bujang saya kira-kira 15 tahun lalu.
"Azamin...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam-macam ujian. Jangan bersangka buruk kepada tuhan," kata lelaki beruban, lewat usia 50an itu, membuatkan saya tertunduk.
"Muhammad, kekasih Allah itu dibaling batu, dilempar najis dan kakinya terpijak duri-duri yang sengaja di letakkan di tepi jalan. Giginya patah dan pipinya berdarah sewaktu perang.
"Pernah disihir dan usaha untuk membunuhnya tidak pernah surut. Lawannya sentiasa mengejek dan menghinanya.
"Lalu adakah ujian-ujian itu tanda Muhammad itu dibenci dan dipinggirkan Tuhan?" soalnya lagi dan kali ini air mata saya mula bergelinangan.
Dan dialog itu, terus menerkam sanubari, bilamana saya dihurung musibah. Kadang-kadang saya merasa penat dan adakalanya hampir putus asa. Sebabnya, tak jemu-jemu ujian dan masalah hinggap dalam kehidupan.
Bila saya mengaji dan terbaca terjemahan surah Al-Baqarah, ayat 155, barulah hati saya reda dan tenang semula.
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"
Saya bertanya lagi kepada pakcik itu, kenapa orang lain bahagia, kaya, berjaya dan hidup aman makmur berbanding saya.
"Sebenarnya kamu lihat dengan mata kepala bukan dengan mata hati...lantas apa yang dilihat hanya zahir semata-mata. Kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka dinilai dengan apa yang ada di depan mata kamu.
"Kamu tidak tahu di sebalik semua itu. Hutang keliling pinggang, penipuan, kesakitan, kepayahan dan ujian-ujian yang dihadapi mereka. Dan tidakkah Azamin tahu, ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan!
"Jika kita sakit serta susah, kita mengadu dan menyebut Allah tetapi bila sihat dan senang, adakanya kita lupa dan alpa..." katanya membuatkan saya terdiam seketika.
Ya benar, kita sentiasa lupa pada-Nya tetapi Allah tidak pernah lupa dan tinggalkan kita, apatah lagi di kala berlaku kesulitan dan kepayahan.
Kira-kira enam tahun lalu, saya menerima panggilan bahawa bapa saudara saya meninggal dunia di utara. Berat sungguh ujian ketika itu. Sudahlah sayu dan pilu, saya yang 'kurang' harta ini pula bercampur-baur antara mahu pergi ataupun tidak menziarahi jenazahnya yang juga merupakan adik kepada bonda tercinta.
Saya di Kuala Lumpur, ibu di Negeri Sembilan dan jenazah arwah di Kedah sana. Kocek, cukup-cukup tampung perjalanan pergi sahaja. Kereta juga uzur. Saya bertawakal dan berserah diri bulat kepada Allah. Niat saya untuk membawa ibu, dan mengadap arwah buat kali penghabisan.
Dalam perjalanan, hati cukup resah tanpa disedari ibu, isteri yang sedang menyusukan anak sulung. Apakah sampai di sana nanti, saya akan mengemis atau meminta-minta belas ihsan mendapatkan wang untuk 'tambang' pulang.
Ya Allah, saya berdoa, jauhilah diri saya melakukan sebarang aib dan malu dimuka keluarga.
Selesai pemakaman jenazah, saya ditepuk seorang hamba Allah (pun sudah meninggal dunia empat tahun lalu) sambil bersalam dengan saya.
"Nah, wang belanja sedikit untuk Azamin. Pakcik dah pasang niat bila nampak Azamin tiba subuh tadi. Pakcik tahu Azamin pun susah payah datang sini..." katanya menyebabkan saya menangis termanggu-manggu.
Sangka orang, saya sayu menghadapi pemergian bapa saudara tetapi, saya cukup pilu kerana di sebalik kepayahan dan kerisauan, Allah 'menjawab' keresahan dan kerisauan saya dengan bantuan yang tidak diduga.
Peristiwa kedua cukup menyeramkan saya, ketika dalam perjalanan pulang daripada menziarahi pengebumian jenazah seorang bapa saudara (adik ayahanda saya pula) di Setiawan, Perak pada tahun yang sama. Waktu itu kira-kira 12 tengah malam.
Entah macamana, saya tersesat mencari jalan susur keluar menuju ke Kuala Lumpur. Kalau tidak silap, saya berpusing di tempat yang sama, sekitar kawasan Cenderung Balai, Teluk Intan.
Malam cukup pekat. Tidak ada 'sebiji' kereta pun pada masa itu yang lalu lalang, apatah lagi orang pejalan kaki untuk saya bertanya haluan. Kiri kanan ladang kelapa sawit dan tiada lampu di sepanjang jalan raya.
Lebih menakutkan, tiada papan tanda atau 'sign board' penunjukk jalan kelihatan dan makin mengerikan bilamana minyak kereta sudah hampir habis. Aduhai.
Saya cuba untuk bertenang, supaya isteri yang duduk di kerusi belakang kereta sambil membelai anak berusia setahun tidak berkongsi kepayahan yang dilalui hati nurani ini. Apatah lagi, minyak kereta juga sudah kekeringan yang amat sangat. Lampu minyak, menyala tanpa henti menandakan bahaya bakal menimpa jika tidak diisi.
"Abang...rasa macam lama je...tak jumpa jalan ke?," soal isteri mengesyaki sesuatu.
"Taklah, abang tengah cari stesen minyak ni..." kata saya berselindung. Memang benar kata isteri, sudah lebih sejam saya memandu di kawasan yang sama, sama gelap dan likat tanpa jumpa jalan keluar.
Tiba-tiba saya nampak sebuah warung dipenuhi orang di sebelah bertentangan kanan jalan. Asalnya mahu gembira, tetapi terbit rasa aneh dan ganjil, bila sebuah warung, di sepanjang jalan gelap dipenuhi orang, jam 12 tengah malam. Sedangkan saya sudah melalui jalan tersebut berkali-kali, tetapi baru kini bertemu warung aneh di malam hari.
Sesat selama sejam
Lantas, dengan kocakan dada yang cukup berdebar, saya memberhentikan kereta di kiri jalan. Pada hemat saya, akal, minda dan perasaan saya sudah cukup letih dan berselirat sehingga melihat perkara-perkara aneh pula.
"Abang...kenapa berhenti?
"Rehat sekejap...rasa mengantuk sikit," kata saya menyembunyikan perasaan takut tadi. Sah..isteri saya tidak nampak, apa yang saya lihat.
Lalu, dengan kekuatan yang saya ada, saya baca surah-surah pendek seperti al-Ikhlas, al-Kafirun dan an-Nas. Lebih kurang 10 minit juga, saya cebiskan beberapa doa yang diajar bonda antaranya:
"Dengan Nama Allah yang dengan nama-Nya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)
"Ya, Allah selamatkan aku, isteri dan anakku daripada sebarang malapetaka. Kasihanilah anakku yang tidak berdosa," doa saya kepada Tuhan sambil merenung sikecil yang tidur lena sejak dari tadi.
Saya tarik nafas panjang, dan berserah pada Allah. Kelibat warung sudah tidak kelihatan dan kemudian saya memandu dan terus memandu tanpa hala tuju.
Tiba-tiba, kurang lima minit saya terlihat sebuah papan tanda tertulis 'Kuala Lumpur' dan lima minit kemudian, sebuah stesen minyak kelihatan di sebuah simpang empat.
Alhamdullilah, Allah menyelamatkan saya ketika saya berharap benar pertolongan- Nya.
Suatu hari, sekitar tahun 2002, rumah saya kehabisan, barang keperluan. Ketika itu, dalam hati saya berdoa, janganlah ada tetamu yang datang kerana tidak ada sebarang 'habuk' pun untuk dijamu. Buruk sungguh kelaku saya sehingga berdoa begitu. Bukan apa tetapi saya malu dan khuatir tidak dapat meraikan tetamu dengan juadah yang boleh dijamu.
Ya, kita fikir perancangan dan doa kita betul padahal Allah itu lebih menyayangi kita. Sebenarnya, sudah diajar jika ada tetamu, jamu dan layan sedaya mampu kerana kehadiran mereka, 'membawa' rahmat dan 'membersihkan' dosa.
Bonda saya ada berpesan, jika ada tetamu, apa yang ada di dapur jangan disimpan. Jamulah semuanya kerana utamakan tetamu adalah ajaran Nabi dan agama.
Lantas, selesai sahaja berdoa, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang. Doa saya tidak diperkenan, dan tetamu pun datang. Hati saya berbolak-balik. Saya memandang wajah isteri dan memberi isyarat bertenang. Dalam keadaan gelisah, kami mampu jua hidangkan 'teh o bujang' tanpa sekeping biskut pun ada sebagai hidangan.
"Tak pa, Min...kami datang ni nak tengok anak sulung awak, janganlah susah-susah. Lagipun kami ada hal lain lagi," sambil tetamu bersalaman, mengepilkan wang not RM50.00 ke telapak tangan.
Kemudian, air mata basah mula menjadi teman...
Benarlah kata Tuhan, Nabi dan agama. Janganlah kita memandai-mandai berdoa yang tidak baik atau berfikir yang bukan-bukan sedangkan Allah tidak pernah tinggalkan kita.
Apa-apa yang kita rasa dan lalui, adakalanya kita rasakan tidak baik bagi kita sedangkan ianya elok untuk kita dan hanyalah Allah sahaja yang mengetahui.
Ujian yang bertindih, bertali-arus adakala membuatkan saya kerdil dan 'menyumpah' diri dengan kata-kata tidak baik seolah-olah dimurkai tuhan sedangkan ujian itu cukup baik dan manis bagi saya selepas itu.
"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah, ayat 216)
Teringat ketika, putus cinta lantaran kekasih meninggalkan diri saya yang sudah menjalinkan hubungan yang agak lama. Remuk hati dan berkecai perasaan.
Kasih yang dibaja, kononnya untuk membina mahligai, hancur di tengah jalan. Tahun itu, sekitar 1994.
Saya sujud dan bermunajat duka bahawa selepas ini, hanya Allahlah yang menentukan dan memilih buat saya tanpa perlu saya tercari-cari lagi, getus hati kecewa.
Saya adukan keperitan yang ditanggung kepada majikan, yang menjadi kawan rapat saya juga di kala susah. Saya ketika itu berusia 20an manakala majikan yang dikenali Encik Rakha itu, berusia lewat 40an.
"Beginilah min...kau rasa kereta proton Satria itu segak bergaya dan cukup cantik bagi kau sedangkan Allah nak 'mengurniakan' sebuah 'Mercedez Benz' bagi kau di kemudian hari...tetapi kau tak tahu lagi.
"Jika suatu hari nanti, kau dah dapat yang jauh lebih baik dari sekarang...jangan lupa beritahu aku," kata bos lelaki itu yang suka membahasa diri sebagai 'aku'.
Ya, setahun selepas saya berdoa duka lara itu, Allah sekali lagi 'menjawab' keresahan hati saya dan kini saya sekali tersenyum dengan simpulan kata-kata bos lelaki itu tatkala memandang tiga cahaya mata hasil perkongsian kasih nan bahagia bersama jodoh, isteri yang tercinta.
Ya. Setiap yang berlaku ada hikmah. Dan tidak berlaku sia-sia. Sungguhpun perit dilalui ketika berlaku, di kemudiannya, Allah persiapkan kebahagiaan dan kejayaan setelah lama bersabar.
Dan selepas itu, ujian demi ujian terus datang dari Allah yang cukup sayang pada hambanya dan tidak pernah menghampakan, jika diperlukan.
"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar" (An Nisaa ayat 40)




Wednesday, October 28, 2009

Tahniah buat Kakak dan Adikku..

Kepada kakak ana, tahniah ana ucapkan kerana berjaya memperolehi segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik. Setelah berpenat lelah bertahun2, akhirnya tamat sudah dengan majlis konvokesyen..kepada adik ana pula, tahniah juga kerana berjaya memperolehi segulung diploma dalam bidang kejuruteraan kimia. Moga selepas ini, sijil ijazah pula dalam genggamanmu..moga dapat mencapai cita2 untuk menjadi jurutera yang berjaya dunia dan akhirat.insyaALLAH..

Tahun ini, ana kena menghadiri dua konvokesyen. 1 kakak di UTP dan 1 lagi adik perempuan di UiTM Shah Alam. Ana hadir pada kedua2 majlis. Kalau boleh setiap kejayaan yang adik beradik miliki, ana ingin kongsi bersama. Alhamdulillah, Allah mengurniakan akal yang cerdas pada kakak dan adik. Malah lebih cergas dari ana...heheh. InsyaALLAH, ada rezeki ana juga ingin mencapai ke puncak gemilang. Biarlah anak2 mak dan ayah ni menjadi insan yang berguna suatu hari nanti dan beramal dengan ilmu yang diperolehi. Ana juga ingin menjadi muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat, biarlah mati sebagai mati syahid sebagai cita2 tertinggiku...peroleh ilmu untuk berbakti dan menjadi permata hati ibuayah jua



Kakak pada majlis konvokesyen di UTP, Tronor


Adik pada majlis konvokesyen di UiTM


Yang paling penting, pemberian dari mak, ayah dan adik beradik yang lain...


Pemberian mak dan ayah..


Ayah, Kakak, Mak dan Adik

Tuesday, October 27, 2009

SELAMAT DATANG MUSIM FINAL EXAM...


Musim final exam dah tiba..semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan sibuk membuat persiapan. Ana pun begitu juga, ulangkaji tu perkara wajib bagi setiap pelajar sebelum melangkah kaki menuju medan perjuangan...Masa itu la yang akan menentukan tahap usaha kita dan selebihnya kita bertawakkal pada Allah...



Dan yang paling penting, restu mak sebelum menduduki peperiksaan..sebab doa ibu itulah doa yang paling mujarab. Sebelum tiba musim final exam lagi, ana sudah berpesan pada mak.."Mak,angah dah nak final ni..mak watla pape yang patut ek..."hehe...mak pelik "kenapa mak pula yang kena wat sesuatu?".."maksud angah, mak wat la solat hajat ke..doakan tuk angah.."..hehe...sama2 ketawa.


Ibulah yang paling penting sekali dalam hidup, tanpa ibu tak lahirlah ana ke dunia.

Tanpa ibu, ana tak kan kenal erti hidup sebenar..terima kasih ibu...Kau lah RATU HATIKU...

Moga ALLAH sentiasa memberkati, melindungi ibu, menyayangi ibu seperti mana ibu menyayangiku...:). Bila nak exam ni, terbayang2 harapan n kata2 semangat dari ibu..jadi, usaha pun jadi lebih bila malas belajar..

Begitu juga bagi yang telah tiada ibu...doa n harapan ibu tetap bersemadi dalam jiwa dan diri..Ibu pergi tak bermakna doa dan harapan dia pun turut pergi...Pasti terdetik di hati kenapa ibu pergi tanpa sempat melihat anaknya mengenggam segulung ijazah.Tapi itulah kuasa tuhan.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, tapi ia baik bagi ALLAH,
Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tapi ia tidak baik bagi ALLAH...Sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI segala isi alam...MAHA SUCI ALLAH...:)



Monday, October 26, 2009








YA ALLAH
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia akan menjadi teman menapaki hidupkan
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi


Dan YA ALLAH..YA TUHANKU YANG MAHA MENGASIHI
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi


TETAPI YA ALLAH
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatankan
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan


SERTA YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGERTI..
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya...



YA ALLAH YA TUHANKU..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini


YA ALLAH...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaanku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran


Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman Ya Allah
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...




MENGAPA MENGELUH??

MENGAPA MENGELUH??
Kita selalu bertanya dan quran menjawabnya

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman,sedang kan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhya ALLAH mengetahiu orang-orang yang benar, dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang berdusta” Surah al-ankabut,2-3

Kita bertanya: kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, “boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-baqarah, ayat 216

Kita bertanya: kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, “ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-baqarah, ayat 286

Kita bertanya: kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab, “janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah ali imran, ayat 139

Kita bertanya: bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, “dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bg orang-orang yang khusyuk” Surah al-baqarah ayat 45

Kita bertanya: kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab, “cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal” Surah at-taubah, ayat 129

Kita bertanya: apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, “ sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-taubah, ayat111

Kita berkata: aku tak tahan!
Quran menjawab. “…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”
Surah yusuf, ayat 12

Kita berkata: sampai bila aku akan merana begini
Quran menjawab, “kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Surah al-insyirah, ayat 5-6

Sudah jangan mengeluh lagi. Pergi baca quran ye('',)….

Pramugari vs ulamak

Seorang ulamak sedang berada di dalam
sebuah kapal terbang untuk ke sebuah
negeri. Apabila tiba waktu solat, dia
pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh
kerana tandas di dalam kapalterbang
terlalu kecil, maka beliau terpaksa
membuka pintu tandas itu ketika
berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu
dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah
ternampak perbuatan ulamak itu dan
menegurnya.

Peramugari: (dengan suara
dikeraskan..) Tuan tidak boleh
memasukkan kaki ke dalam tangki tu,
sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh
rendah diri...) Berapa kali saudari
mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...)
Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....)
Saya mencuci kaki saya lima kali dalam
sehari, bererti kaki saya lebih bersih
dari muka saudari.

Saturday, October 17, 2009

Coretan Hati Mawar...

Lama rasanya tiada santapan rohani akhir2 ni...quite busy with my group assingment, quizzes and test...prepare for final exam too..walaupun sibuk dengan ilmu dunia, ilmu akhirat pun perlu diisi dan dipelajari...tu wajib sebagai seorang muslim...disamping itu beramal juga...


Kenapa sukar sekali umat Muhammad S.A.W untuk mendalami ilmu agama?? Siapa kata belajar ilmu agama itu sukar?cukup singkat dan mudah sekali mempelajarinya..hanya perlukan beberapa minit sahaja untuk mempelajarinya tapi mempraktikkannya seumur hidup..contohnya, belajar cara mengambil wuduk hanya perlukan msa lebih kurang seminit dua bandingkan dengan mempelajari ekonomi, sains, matematik, teknikal dan sebagainya.Mempelajarinya memakan masa yang lama tapi mempraktikkannya hanya kadang2 saja..

Tidak ada kesulitan bila kita mempelajari ilmu agama, belajar fizik misalnya perlu ambil masa bertahun2 untuk mempelajarinya. Tidak mustahil boleh gagal jika tak berjaya mencapai target..

Em...kesimpulannya, pelajarilah ilmu dunia dan ilmu akhirat dengan seimbang, nescaya hidup diberkati tuhan...tepuk dada, tanyalah iman...



Hidup umpama tandas????

Hina sungguh rasanya hidup ini bila dikaitkan dengan tandas..yang pastinya tandas itu kotor dan tempat tinggal syaitan.Macamne boleh kaitkan kehidupan dengan tandas??Pelik2...tapi tak ada yang peliknya jika kita hayati betul2...



Setiap rumah ada tandas, rasanya tiada langsung rumah yang tiada tandas kan?susah jugak kalau rumah tiada tandas.tapi kita bukan duduk dalam tandas lama2 sebab tandas itu tempat yang kotor dan kawasan syaitan..Kehidupan kita di dunia juga hampir sama, kita hidup di dunia hanya singgah untuk mengambil atau mengumpul segala keperluan untuk bekalan kita menuju perjalanan seterusnya. Kita tak perlu berada lama-lama dalam tandas kerana kotor dan busuk. Begitu jugak di dunia, raihlah sebanyak mungkin peluang kebaikan di dunia kerana hidup umpama tandas. Perlu tapi jangan lama-lama.. Sungguh mendalam maksud yang tersirat.SubhanaAllah..

Kesimpulannya, marilah kita sama2 mencuci tandas kita.

Thursday, October 1, 2009

Salahkah kami ingin berpurdah/niqob??

Purdah Oh Purdah...




Jumhur ulama’ yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.
2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.

3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan ‘tidak boleh masuk dengan masyarakat’. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?


Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar’i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!







MaWaR BerDuRi...







MENSYUKURI RAHMAT TUHAN



Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..- Alahai, hujan laaagiiii- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni- Payah nak buat apa2 kalau hujan- Tak boleh balik lagi, hujan!Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).Hakikatnya, hujan itu rahmat."Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.1. Membersihkan udara2. Menyubur tanaman3. Membekal air ke empanganIni sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi. Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.




Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka? "Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langitdengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah."Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)Semoga ada iktibar untuk peringatan kita."Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)