Assalammualaikum...

Sunday, January 31, 2010

Tudung oh tudung...




Assalammualaikum...

Apa khabar iman hari ini? Harap hari2 yang berlalu penuh dengan iman dan amal...:)

Minggu lepas ana ada beli baju baru, tapi jadi pening kepala sebab kena sesuaikan dengan warna tudung pulak...sekarang ni agak susah sikit nak mencari tudung bidang labuh n besar sebab tudung yang berfesyen2 bagai cendawan tumbuh! Tudung Siti, tudung Ekin, Datuk K pn ada tudung sekarang ni.


Di sini ana ingin menyentuh mengenai pemakaian tudung bagi wanita...
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan
muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya.


Walaupun sekarang ni pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada
yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar
ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk
wanita-wanita Islam kini. Paling kasihan, wanita sering menjadi mangsa fesyen...tengoklah pada remaja2 n artis2 sekarang, ada yang bertudung kerana fesyen. Minta kita semua dijauhkan...


Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudaralaki-laki mereka, atau putera-putera saudaralaki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budakyang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-lakiyang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlahkamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".Surah An.Nuur (31)


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi
masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat
dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki
yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang
bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin
ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari
hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak
bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Ada juga yang memakai tudung kerana takut ahli keluarga marah dan sebab2 yang lain. Ketahuilah, memakai tudung bagi wanita islam adalah wajib!!


Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang
tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama
sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam
dengan agama mereka.


Lihatlah betapa besarnya nilai pemakaian tudung pada diri wanita islam. Kita sebagai pendakwah islam. Islam itu bermula pada diri kita sendiri. Tetapi, mengapa kita mengambil ringan? Hipokrit sungguh mereka yang bertudung tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah bertudung itu kerana kita ingin mengelakkan fitnah? Apatah lagi mereka yang tidak memakai tudung atau sekejap pakai dan sekejap buka. Apa sebenarnya yang mereka cari? Tepuk dada, tanyalah iman...


Segelintir orang selalu berkata, ''walaupun aku tidak bertudung atau kejap pakai kejap buka, tapi aku taklah seburuk perangai orang yang memakai tudung".Kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Tiada istilah "Bila dah sampai seru, aku bertudunglah..." dalam islam kerana sememangnya ia adalah wajib!!. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan
menutup aurat adalah satu dosa lain.


Bila individu itu sudah cantik peribadi dan penjagaan auratnya, barulah orang akan tertarik mendalami agama Islam..ingat, kita adalah pendakwah islam.Pembawa agama Islam. "ISLAM ON THE TOP!!!"...



Kalau sudah mula menutup aurat, elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi
berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang
Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari
Allah. Ingatlah, ALLah sentiasa memerhatikan kita. Tutuplah auratmu dengan sempurna dan kasihanilah kaum adam dan bantulah mereka memelihara penglihatan mereka.




Monday, January 18, 2010

Berwaspadalah...


Assalammualaikum...


Selamat datang sem akhir...pejam celik, pejam celik hampir 3 tahun ana menjadi pelajar IPTA dalam bidang Degree in Office System Management. Macam2 pahit manis yang telah ana harungi sebagai seorang pelajar. Tak semuanya pahit dan tak semuanya manis...
Tapi apa yang pasti, semuanya menjadi kenangan dan pengalaman yang tak akan dilupakan...


Sebelum menjejakkan kaki ke IPTA dan sebelum menjadi pelajar lagi ana sudah tertanya2, bagaimana ana meletakkan diri dan cuba membezakan diri dari orang lain?Bagaimana ana membiasakan diri dengan kehidupan yang agak sosial di sini?Dan apakah kesannya terhadap diri selepas tempoh pembelajaran di IPTA tersebut?




Ana bertuah kerana memang dilahirkan dengan persekitaran Kuala Lumpur, jadi tidak ada istilah "Culture Shock" dalam kamus hidup ana. Persekitaran di IPTA dapat ana hadapi dengan tenang dan tidak panik walaupun terlalu banyak gejala sosial yang menyedihkan ana. Pasangan bercinta tak segan silu menunjukkan kebahagiaan mereka pada dunia. Seolah2, nak beritahu pada dunia merekalah insan paling bahagia sekali. Sakitnya mata ana melihat apatah lagi hati ini...Dunia ni sudah terbalik.seolah2 sudah menjadi kebiasaan bila melihat pasangan lain memadu asmara...takut untuk ana fikirkan. Bagaimana pula dengan masa depan anak2 bangsa kita? Anak2 sekarang tak macam dulu...sekarang ni mereka lebih advance. Lebih kenal dulu dadah dari kita, lebih kenal dulu seks sebelum kahwin, lebih kenal dulu rempit, lebih kenal dulu arak dan macam2 lagi...arah kiblat pun tak tahu apatah lagi dengan solat yang menjadi kewajipan pada kita. Hiburan merata2. Buka radio, televisyen, internet semuanya hiburan yang melalaikan. Hiburan menjadi kegilaan remaja, artis seksi menjadi idola, lagu2 memuja wanita dan lelaki menjadi ikutan. Manakala, orang yang hina dan tidak takut pada balasan tuhan mendapat kedudukan terhormat dan menjadi ikutan orang lain. Banggakah kita dengan keadaan seperti ini?? Tepuk dada, tanyalah iman...inilah petanda2 kiamat sudah dekat, antaranya...

1. Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim



2. Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

3. Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani


4. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


5. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah



Beringat2lah kawan2 semua, jagalah diri dan iman selalu. Hidayah yang pertama adalah sesuatu hadiah dari ALLAH yang paling berharga. Sekiranya ia tidak dijaga dengan rapi dan dihiasi dengan takwa pasti ia akan diambil kembali...Seolah2 permata yang diberikan kemudian dicampakkan di tengah lautan yang dalam, sekiranya kita ingin mengambilnya kembali ia tidak sama seperti keadaan permata yang mula2 dicampakkan tadi kerana sudah tercalar dan rosak.


Wardatul Shifa'
Nur Sarahah Abd Rahman