Assalammualaikum...

Monday, January 18, 2010

Berwaspadalah...


Assalammualaikum...


Selamat datang sem akhir...pejam celik, pejam celik hampir 3 tahun ana menjadi pelajar IPTA dalam bidang Degree in Office System Management. Macam2 pahit manis yang telah ana harungi sebagai seorang pelajar. Tak semuanya pahit dan tak semuanya manis...
Tapi apa yang pasti, semuanya menjadi kenangan dan pengalaman yang tak akan dilupakan...


Sebelum menjejakkan kaki ke IPTA dan sebelum menjadi pelajar lagi ana sudah tertanya2, bagaimana ana meletakkan diri dan cuba membezakan diri dari orang lain?Bagaimana ana membiasakan diri dengan kehidupan yang agak sosial di sini?Dan apakah kesannya terhadap diri selepas tempoh pembelajaran di IPTA tersebut?




Ana bertuah kerana memang dilahirkan dengan persekitaran Kuala Lumpur, jadi tidak ada istilah "Culture Shock" dalam kamus hidup ana. Persekitaran di IPTA dapat ana hadapi dengan tenang dan tidak panik walaupun terlalu banyak gejala sosial yang menyedihkan ana. Pasangan bercinta tak segan silu menunjukkan kebahagiaan mereka pada dunia. Seolah2, nak beritahu pada dunia merekalah insan paling bahagia sekali. Sakitnya mata ana melihat apatah lagi hati ini...Dunia ni sudah terbalik.seolah2 sudah menjadi kebiasaan bila melihat pasangan lain memadu asmara...takut untuk ana fikirkan. Bagaimana pula dengan masa depan anak2 bangsa kita? Anak2 sekarang tak macam dulu...sekarang ni mereka lebih advance. Lebih kenal dulu dadah dari kita, lebih kenal dulu seks sebelum kahwin, lebih kenal dulu rempit, lebih kenal dulu arak dan macam2 lagi...arah kiblat pun tak tahu apatah lagi dengan solat yang menjadi kewajipan pada kita. Hiburan merata2. Buka radio, televisyen, internet semuanya hiburan yang melalaikan. Hiburan menjadi kegilaan remaja, artis seksi menjadi idola, lagu2 memuja wanita dan lelaki menjadi ikutan. Manakala, orang yang hina dan tidak takut pada balasan tuhan mendapat kedudukan terhormat dan menjadi ikutan orang lain. Banggakah kita dengan keadaan seperti ini?? Tepuk dada, tanyalah iman...inilah petanda2 kiamat sudah dekat, antaranya...

1. Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim



2. Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

3. Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani


4. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


5. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah



Beringat2lah kawan2 semua, jagalah diri dan iman selalu. Hidayah yang pertama adalah sesuatu hadiah dari ALLAH yang paling berharga. Sekiranya ia tidak dijaga dengan rapi dan dihiasi dengan takwa pasti ia akan diambil kembali...Seolah2 permata yang diberikan kemudian dicampakkan di tengah lautan yang dalam, sekiranya kita ingin mengambilnya kembali ia tidak sama seperti keadaan permata yang mula2 dicampakkan tadi kerana sudah tercalar dan rosak.


Wardatul Shifa'
Nur Sarahah Abd Rahman




























No comments:

Post a Comment