Assalammualaikum...

Wednesday, August 3, 2011

Pengalaman di PASTI...^_^


Bismillahhirrahmannirahhim...assalammualaikum w.b.t ana ucapkan kepada sahabat2. Alhamdulillah, ada masa tuk update kan blog..^_^.

Hari ini, masuk 2 hari ana bekerja di Pasti Al-Hilmi. Mulanya agak kekok mengajar kanak2 yang berumur 4 tahun. Tapi setiap masa adalah proses pembelajaran sebenarnya. Mana2 yang kurang, kita perbetulkan dan mana2 yang nampak biasa, kita luar biasakan. Mendidik kanak2 tak seperti sekolah tadika lain, untuk sekolah Pasti ni, matlamat utama ialah ingin mendidik mereka mengenali Allah sedari kecil lagi. Serapkan ilmu tauhid dalam diri mereka iaiti sedari mereka mengenal huruf2, nombor2, warna2 dan bentuk2 lagi.



Hari pertama, budak2 semua macam malu2 dengan cikgu sarah. Bila hari kedua, semua naik tocang...@_@. Tapi alhamdulillah, semuanya bijak2 dan aktif2. Kadang2 tersengih sorang2 tengok. Bulan puasa ni , memang besar cabarannya dalam mengajar. Tekak penat bercakap dan menjerit2, biasalah budak2 4 tahun...agak nakal dan aktif. Nak2 cikgu yang tak reti nak marah2...@_@. Apapun, time tegas kene tegas...kasih sayang boleh diberi tapi dalam masa yang sama kita kene mendidik mereka...



Minggu ni aktiviti santai2 je dulu, nyanyi2, tengok video sambil2 mengenal kejadian ciptaan Allah seperti 7 air mutlak. Cikgu pun kene kretif dan bijak. Kene belajar cara2 untuk masuk dengan seusia mereka. Cikgu ibarat Murabbi pada mereka. Setiap langkah, tingkah laku, percakapan dan pakaian kita, mereka akan meniru dan mengikut. Baik acuannya maka baiklah kuihnya...insyaAllah..^_^


Orang kata gaji cikgu Pasti tak besar mana, tapi bak kata guru2 Pasti yang lain yang penting ialah keberkatan. Besar pahala kita mendidik budak2. Kita terapkan nilai2 islam dalam diri anak2 supaya bila besar nanti mereka menjadi ummat yang soleh dan solehah..insyaAllah :). Mengajar mereka sedari kecil mengenal Allah, mengucap 2 kalimah syahadah, mengambil wuduk, bersolat dan sebagainya.


Semoga Allah memberikan kesabaran kepada kita semua dalam mendidik anak2 mengenali Penciptanya. Aminn ya Allah..^_^






3 comments:

  1. salam ukhuwwah ukhti..
    wah,seronoknya dapat jadi guru pasti..suke tengok kanak2..comel jer.hehe

    ReplyDelete
  2. wah..pasti enak jadi guru macam ibu ana..
    bisa jumpa ma adik2 yang imut2 dan lucu2..nak deh pastinya..

    artikelnya mantap gan.saya suka bacanya.

    ReplyDelete