Assalammualaikum...

Friday, March 12, 2010

Cinta sebelum kahwin vs cinta selepas kahwin...




Assalammualaikum....

Moga sahabat2 berada dalam perlindungan Allah S.W.T selalu...^_^


Pertama2 sekali ana nak ucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat rakan kelas ana yang akan melangsungkan pernikahan dan perkahwinan pada akhir bulan Mac 2010 ini..Doa ana semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dapat menjadi isteri yang solehah buat suaminya.Harap segala kepayahan dan usaha dalam melangsungkan perkahwinan berbaloi walaupun masih berjuang di kampus. Asiff jiddan ana tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut kerana ada program yang terpaksa ana hadiri. InsyaAllah, cukuplah sekadar doa buat sahabat sebagai pengganti diri...Mahalnya sesebuah perkahwinan bukan terletak pada maharnya atau hantarannya tetapi apabila hadirnya pasangan yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan jiwa. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan “rumahku syurgaku”...^_^


Cinta, semua orang nak bercinta. Semua orang nak bahagia, tapi sejauh mana dan sedalam mana seseorang itu mengenal apa itu cinta. Sebenarnya tiada istilah 'couple' di dalam islam, cara masyarakat sekarang sudah lari dari syariat Islam sebenar. Di mana letaknya kemanisan di dalam sesebuah perkahwinan seandainya kita sudah menghabiskan masa bersama pasangan sebelum perkahwinan. Itupun jika ditakdirkan pasangan itulah jodoh kita. Budaya kita sekarang serupa seperti budaya barat. Masing2 berlumba untuk mencari pasangan, dan ada yang memasang lebih dari seorang. Apa yang dikejar sebenarnya dalam kehidupan?



Boyfriend/Girlfriend itulah ayat yang sesuai bagi pasangan yang bercinta. Selalu kita dengar 'Kenapa orang lain ada boyfriend/girlfriend, tapi aku tiada?'. Mengapa harus risau? Adakah dunia ini akan berakhir? Sedarlah wahai umat Muhammad S.A.W bahawa Allah S.W.T telah menetapkan hidup, mati, rezeki dan jodoh masing2. Cinta itu suci, janganlah mencemari cinta dengan perkara2 maksiat dan dosa.


Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'

Allah telah mencipta sebaik2nya, lelaki berperwatakkan keras dan perempuan berperwatakkan lembut serta penuh kasih sayang.


'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '

(ar-Ruum:21)

Cuba kita bandingkan. Bercinta sebelum kahwin, setiap hari pasti akan bermain mesej. Tak mesej, telefon. Bila telefon, nada suara bercakap pun manja2. Sekarang zaman IT, 3G pun sudah popular. Webcam pun sudah ramai tahu menggunakannya. Dapat tengok wajah dan tubuh pasangan. Kalau boleh seminggu sekali nak berjumpa. Bila berjumpa, pasti bawa jalan2 atau keluar makan berdua. Bila berdua, sudah terang2 pastinya ada yang 'ketiga'. Cinta dan rindu yang palsu kerana kita sendiri tidak pasti jodoh kita. Paling teruk, Ibubapa tidak tahu apa yang anak2 mereka lakukan di luar. Jika kita fikirkan, perempuan sekarang begitu mudah dibawa kemana2. Membonceng motosikal bersama pasangan dan sebagainya. Lelaki juga kini tidak lagi berjumpa terlebih dulu ibubapa perempuan sebelum membawanya keluar bersama. Apatah lagi membawa bersama mahram. Dunia kini akhir zaman...semua dianggap biasa.



Bagi yang tidak mengalami semua itu, janganlah berasa cemburu pada kebahagiaan pasangan lain. Ketahuilah betapa bertuahnya dirimu kerana terpelihara dari dosa dan maksiat. Terpelihara kerahsiaanmu dari pasangan yang kita sendiri tidak pasti dialah jodoh kita. Bagi yang sedang 'berbahagia', janganlah berbangga dengan dosa dan maksiat yang dilakukan kerana Allah itu maha berkuasa di atas segala di muka bumi ini. Bertaubatlah segera kerana Allah itu maha pengampun.



Cuba kita fikir sejenak, betapa indahnya jika bercinta selepas berkahwin. Segala rahsia tersimpan hanya suami/isteri yang tahu. Makan bersama, saling rindu-merindui, berhias dan bermesra2 tanpa rasa dosa dan bersalah sebaliknya dituntut dalam Islam. Islam tidak melarang umatnya untuk bercinta tetapi gunakanlah saluran yang betul dan disediakan iaitu pernikahan kerana lumrah manusia untuk tertarik kepada pasangan berlainan jenis. Sekiranya kita ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T nescaya rumahtangga pasti akan disinari dengan kebahagiaan dan keberkatan. Tepuk dada tanyalah iman...

'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... ' (An-Nisa':1)


Ingatlah, lelaki2 yang baik tidak akan begitu mudah melafazkan janji2 manis dan perempuan2 yang baik tidak akan begitu mudah menyerahkan segala2nya kepada lelaki yang belum pasti menjadi suaminya. Bertaubatlah segera....








2 comments:

  1. Betul, cuma adakah sudah pasti cinta akan hadir selepas nikah?

    ReplyDelete