Assalammualaikum...

Saturday, March 6, 2010

Duhai Anak....


Assalammualaikum...apa khabar sahabat sekalian. Syukran kerana sudi menjengah blog ana yang tidak seberapa ini...^_^.


Beberapa hari ini, ana agak sibuk dengan kuiz, test, report, assignment dan macam2 lagi yang perlu disiapkan dan dihantar. Waktu beradu pun sudah tidak menentu. Alhamdulillah, masih ada waktu untuk menjadikan blog ana sebagai tempat berbicara dengan sahabat2 secara alam maya. Biarkan jari jemari ligat menaip dan mencurahkan idea2, meluahkan maksud di hati.(Macam lirik lagu blog ana)..^_^.

Kepada yang sudah mempunyai anak, bakal mempunyai anak atau yang belum berkahwin tetapi tetap sukakan kanak2, pasti kisah yang kita selalu dengar di kaca2 tv, corong2 radio dan media cetak cukup menyedihkan kerana terlalu banyak kisah pembuangan bayi dan penjualan bayi. Anak ialah rezeki dan anugerah Allah S.W.T yang amat berharga. Anak juga ialah amanah dari Allah S.W.T dan penyambung zuriat kita. Itulah hakikatnya..hanya ibubapa yang tidak tahu menghargai dan tidak bertanggungjawab sahaja yang akan mengabaikan anak2.
Tidak semua orang yang sudah berkahwin mampu memiliki anak.




"Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan Dia menjadikan mandul kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa" (asy-Syura : 49-50)



Kita lihat kepada masyarakat zaman kini, terlalu banyak kes membuang dan menjual anak. Itu tidak termasuk lagi kes mendera anak. Kini, anak2 tidak lagi dilihat sebagai permata hati apatah lagi anugerah dari Allah s.w.t. Rata2 pasangan yang membuang anak dikategorikan sebagai anak luar nikah. Ada yang dibuang di dalam mangkuk tandas, masjid, tong sampah, di tanam dan sebagainya. Sedih dan menyayat hati sekali keadaan bayi yang tidak berdosa dibuang sebegitu.




Sepandai mana pun manusia yang membuang anak cuba menyembunyikan perbuatan mereka, Allah itu maha kuasa, di tunjukkan juga perbuatan mereka. Jika kita lihat, ibu2 yang melahirkan anak hasil perkahwinan yang sah begitu payah dan perit sekali kerana ingin di tunjukkan pengorbanan si ibu melahirkan. Tapi tidak pula kepada ibu2 yang melahirkan anak2 luar nikah, begitu mudah sekali melahirkan sehinggakan ada yang tidak cukup umur dan tidak sedar mereka telah melahirkan anak. Allah s.w.t ingin tunjukkan kepada masyarakat bukan pengorbanan tetapi dosa2 mereka yang melakukan seks bebas sehingga melahirkan anak luar nikah.



Imam Al-Ghazali berkata: "Anak2 adalah amanah atas ibubapa, jika dia terbiasa dengan benda baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam keadaan tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa"




Didiklah anak2 dengan baik kerana mereka mampu memberi manfaat kepada ibubapa apabila mereka kembali kepada Allah S.W.T. Anak2 ibarat kain putih, dan ibubapalah yang mencorakkannya.



Kasihan melihat anak2 yang didera, jika kita lihat pada wajah suci mereka tidak sanggup rasanya ingin mencubit apatah lagi memukul mereka. Paling kasihan, anak2 didera hanya kerana kesilapan yang kecil...Anak2 seharusnya dididik dengan agama, psikologi dan kasih sayang, bukan dengan amarah yang marah. Kita lihat kes syafiah humairah yang berumur 3 tahun kalau tidak silap ana, didera hanya kerana kesilapan kecil iaitu 'tidak mahu pulang ke rumah...'. Jangan jadikan mereka sebagai tempat melepaskan geram dan membalas dendam. Anak2 adalah penyambung keturunan sesebuah keluarga. Mereka mesti dididik dengan kasih sayang dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Dipersiapkan mereka untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebarkan dan membela agama Islam....



Akhir kalam, fikirlah adakah anak2 itu suatu bebanan?? Tepuk dada, tanyalah iman...^_^


























No comments:

Post a Comment