Assalammualaikum...

Sunday, February 28, 2010

Mimpi Ngeri...





Assalammualaikum...apa khabar iman hari ini? mOga makin bertambah selalu...^_^


Pasti kawan2 terkejut dengan tajuk ana hari ini..."Mimpi Ngeri". Tapi itulah pengalaman yang ingin ana kongsikan bersama. Mungkin ia perkara biasa bagi orang lain, tapi tidak bagi ana...Seperti biasa, ana hanya menaiki bas untuk pulang ke kampus dari rumah. Tidak perlulah ana sebutkan nama bas itu. Yang pasti, ada konduktor dan pemandu. Seawal pagi, ana sudah bertolak dari rumah dengan berpakaian jubah labuh, bertudung litup dan purdah. Waktu itu, hanya ana dan seorang lelaki India menaiki bas pagi itu. Kebetulan waktu bercuti, jadi ramai tak bangun lagi rasanya. Sengaja ana pulang awal supaya dapat berehat lebih pada hari tersebut.




Datang seorang konduktor bas lelaki untuk berikan tiket pada ana. Mulanya agak ramah. Dia bertanya pada ana sama ada ana pelajar UIA, sudah pastinya ana bukan pelajar UIA.huhu... macam2 lagi dia tanya ana, tapi ana tak berapa dengar mungkin lebih suka mendengar mp3 dari berbual. Tiba2 dia duduk di sebelah ana, waktu itu tuhan saja tahu apa ana rasa...dalam hati, ana berdoa pada tuhan moga dilindungi dari perkara2 tak baik...semakin rapat dia duduk sebelah ana sehingga boleh menyentuh bahu ke bahu. Yang paling menyedihkan dan mengejutkan ana apabila dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ana. Astaghfirullahalazim...Sudah pastinya ana tidak menyambut huluran tangan yang bukan muhrim ana...Ya ALlah, apa ana dah lakukan ini???Apa ana dah lakukan sehingga lelaki itu berbuat sedemikian rupa??Kenapa jadi macam itu?? Apa tujuan ana memakai pakaian menutup aurat dan berpurdah??Mungkinkah kerana cara ana berpakaian??Di mana silapnya?? Waktu itu, macam2 ana bertanya pada diri. Sedih sekali kerana ana mengharapkan penghormatan dari kaum adam dan ana berasa berdosa yang teramat sangat. Penyumbang kepada fitnah dan dosa.




Bukankah tujuan ana untuk mengelakkan fitnah dan dari diganggu?? Ya Allah, tuhan saja tahu apa ana rasai waktu itu. Bukan setakat itu, konduktor bas tadi duduk pula didepan ana apabila kerjanya memberikan tiket pada penumpang selesai. Dia cuba berbual2, tapi ana tetap buat tak tahu sambil memandang ke arah tingkap dan hanya mampu berdoa moga Allah lindungi ana. Apabila dia lihat tiada respon dari ana, dia kembali pada tempat asalnya semula. Waktu itu, rasa bersyukur tak terhingga pada tuhan. Dalam hati, ana harap cepat sampai ke tempat dituju. Akhirnya tiba ke destinasi, ana turun dari bas dan tiba2 ana lihat dia pun turun juga dari pintu depan bas dan naik semula melalui pintu belakang bas selepas menyapa ana. Mungkin ada silapnya pada ana yang tidak disedari sehingga boleh mengundang fitnah sebegitu. Moga Allah ampunkan segala dosa2 ana...:(




Bercakap mengenai pakaian, ia mencerminkan keperibadian seseorang, sebagai simbol dan sebagainya. Pakaian juga bukan setakat mengikut adat kerana adat boleh berubah dan tidak mustahil pakaian juga boleh berubah. Jadi, amat penting pakaian ditentukan oleh agama iaitu berpakaian menutup aurat mengikut hukum syara'.




Menutup aurat ialah wajib kepada setiap muslim, lelaki mahupun perempuan. Berdasarkan dalil2 daripada al-quran dan hadis. Antaranya firman Allah S.W.T :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak tirir mereka,atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan islam,atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, suapaya kamu berjaya". Surah an-nur, ayat 31




Mengapa kita perlu risau sekiranya tidak pandai berfesyen, tidak mengikut peredaran zaman, dan tidak nampak cantik? Adakah kita takut jika disembunyikan kecantikan pada orang lain tidak akan dapat jodoh dengan cepat? Percayalah seperti di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik." Janganlah risau tentang jodoh. Islam juga sukakan kepada kecantikan dan kebersihan tetapi berpakaianlah seperti yang ditetapkan oleh syara'. Pada pendapat ana, sebaik2 pakaian muslimah ialah bilamana dia keluar dari rumah dengan berpakaian menutup aurat, dia juga boleh memakai pakaian itu apabila dia ingin bersolat. Pelikkan? Bila waktu bersolat, kita tahu di mana auratnya. Tapi, di luar rumah kita seolah2 terlupa di mana auratnya...



Wahai kaum hawa, kembalilah kepada niat asal kita berpakaian iaitu ingin menutup aurat dan menjaga keaiban diri serta menghindarkan dari fitnah. Janganlah berpakaian kerana ingin mengikut trend dan menarik perhatian. Janganlah kita menjadi mangsa kepada fesyen. Biarlah perhiasan dan kecantikan kita hanya menjadi tatapan buat suami. Ingatlah, semakin disimpan semakin terpelihara kecantikannya. Biarlah pakaian kita menjadi asbab hidayah kepada orang lain dan janganlah kita menjadi asbab kepada fitnah dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah..


























No comments:

Post a Comment