Assalammualaikum...

Thursday, February 11, 2010

Oh Sahabat...


Assalammualaikum kepada pembaca setia blog dan sahabat2 sekalian..Moga bertambah dan bercambah iman dan taqwa dalam diri....^_^


Sepanjang ana bergelar seorang pelajar di IPTA, dah bermacam2 orang ana jumpa. Sahabat yang paling bermakna dalam hidup ana bilamana susah dan senang bersama. Alhamdulillah, masih ada lagi sahabat ana yang begitu. Tapi, ada segelintir yang hanya suka bersama bila senang sahaja. Bila waktu sukar, sahabat lari meninggalkan kita. SAHABAT?apa itu sahabat?




'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’


Tidak ada dalam dunia ini hidup berseorangan, semuanya berpasang-pasangan. Kita tidak akan boleh lari dari berkawan dan adalah sesuatu yang tidak normal ataupun abnormal bagi manusia yang tidak suka berkawan. Sejahat mana pun seseorang itu, pasti tidak akan terlepas dari berkawan. Tapi sejauh mana seseorang sahabat itu?




Dalam Islam, amat dititikberatkan faktor2 memilih sahabat kerana mereka antara yang berperanan membentuk personaliti kita. Tak percaya? Cubalah lihat sahabat2 disekeliling kita. Justeru itu, buruk padahnya jika kita tersalah pilih kawan. Dalam suasana di IPTA ana, sudah banyak kali ana dengar dan lihat kebanyakkannya pelajar2 yang datang dari budaya dan cara hidup yang berbeza mudah terpengaruh dengan perkara2 yang tidak sihat. Antaranya, merokok, pergi 'clubbing', ponteng kelas, memakai pakaian menjolok mata bagi pelajar perempuan dan sebagainya.




Nampak remeh, tapi percayalah kawan mampu mempengaruhi personaliti dan cara hidup kita. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”



Apabila kita memilih sahabat, antara ciri2 yang perlu kita cari ialah;

-Apabila kita memerlukan pertolongannya, dia akan menghulurkan bantuan
-Apabila dia melihat keburukan kita, dia akan menyimpannya
-Apabila dia mendapat kebaikan daripada kita, dia akan menghargainya.
-Apabila datang bencana menimpa kita, dia akan berusaha meringankan beban kita.
-Apabila dia berselisihan faham dengan kita, dia akan mengalah demii untuk menjaga persahabatan kita.
-Apabila kita leka membuat kemungkaran dan maksiat, dia akan menasihati dan melarang kita
berbuat begitu.
-Dia sentiasa membantu kita dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat.



Lihatlah betapa pentingnya peranan sahabat yang baik dan sejati pada kita. Antara ciri2 kawan yang kita perlu tinggalkan ialah;



Sahabat Yang Tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.



Sahabat Hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat Pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.



Wahai kawan2 semua, berhati2lah dalam memilih kawan kerana kawan adalah cermin peribadi diri kita sendiri. Berkawanlah kerana ALLAH...^_^


Nur Sarahah Binti Abd Rahman

4 comments:

  1. Assalamualaikum ukhti,

    berkenaan kata2 yg enti sebut sbg pepatah arab iaitu:

    "Bak kata pepatah arab, "bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wanginya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita"

    Sebenar nya, kata2 diatas bukan lah pepatab arab seperti yang enti sebutkan, tp ia adalah hadis yg sahih dari nabi saw, dibawah ana sertakan terjemahan penuh hadis tersebut:


    Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi,maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu,atau engkau menemukan bau yang hanyir (busuk)" (HR Bukhari no 2101 dalam sahihnya,Muslim no 6653 dalam sahihnya)

    Semoga perkongsian ini bermanfaat,InsyaAllah

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole x bgtaw mna nk dpt hadis ni dlm bhsa arabic?

      Delete
  2. syukran atas maklumat ini...........

    ReplyDelete
  3. Indahnya bersahabat kalau semuanya kerana Allah kan?

    Anyway, jemput singgah blog saya http://akusyauqah.blogspot.com

    Moga bermanfaat ^_^

    ReplyDelete