Assalammualaikum...

Sunday, February 7, 2010

Kasihnya Ibu dan Ayah Membawa ke syurga...









Assalammualaikum...


Apa khabar iman kita pada hari ini?:-)


Cuti pertengahan semester akan tiba minggu hadapan, pasti ramai pelajar tak sabar2 nak pulang ke rumah masing2 setelah sebulan berada di kampus. Ana pun sama juga, walaupun selalu juga balik ke rumah pada hari minggu tapi ana selaluu semangat bab2 balik rumah ni..hehe.





Yang paling bahagia sekali bila ana pulang saja ke rumah, sejuk hati ini bila dapat melihat ibu menyambut dari pintu rumah. Dari jauh sudah tersenyum dan huluran tangan disambut lembut. Seperti biasa, ibu akan bertanya tentang hari2 yang ana lalui. Ayah macam biasa akan ke masjid pada waktu2 maghrib sehingga lepas isyak. Memang ana hormati dan kagum sangat dengan ayah.(^_^). Mendidik ana sehingga menjadi seperti sekarang, walaupun masih cetek ilmu agama dan duniawi tapi ana bersyukur dikurniakan ibu dan ayah seperti mereka. Hilang lelah dan tekanan bila dapat bersama mereka.





Ana kasihan pada anak2 menjadi anak derhaka. Bersusah payah ibuayah membesarkan mereka. Susu yang diberi tuba yang mereka balas. Lebih kasihan bila melihat ibuayah dibuang anak2 sendiri dan tidak mengaku ibuayah kandung sendiri.







Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).




Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim)




Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibuayah ini tidak terhenti semasa mereka hidup saja. Walaupun ibuayah sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka, membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibuayah adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.




Sesibuk mana pun anak, luangkan sedikit masa untuk ibuayah. Lebih2 anak lelaki...antara ibu dan isteri, pastilah ibu yang patut lebih diutamakan kerana tanggungjawab masih di bahu mereka. Tapi, ada anak yang bila sudah berkahwin dan memiliki isteri yang cantik jelita dan kaya raya, ibuayah terus dilupakan. Sebab itu dalam memilih calon isteri perlu mencari yang pandai menjaga hubungan kekeluargaan. Haha...ana sudah ke topik kahwin pulak...:P



Berbalik kepada cerita ana tadi, walaupun kadang2 mereka terasa hati dengan perlakuan dan kata2 dari anak2 kebiasaannya mereka hanya pendamkan saja. Puas nasihat dan tegur anak2 tapi tetap degil. Agaknya bila mereka sudah tiada, baru penyesalan timbul dalam hati. Ada yang pergi program motivasi anak soleh dan sebagainya, alhamdulillah terkesan dalam hati tapi sekejap saja. Pastu, berulang lagi. Fikirlah, tanpa mereka tak lahirlah kita ke dunia ini. Biar buruk dan teruk mana pun perangai ibuayah, mereka tetap ibuayah kita...(^_^)

Angah sayang mak dan ayah...(^_^)






No comments:

Post a Comment