Assalammualaikum...

Wednesday, February 17, 2010

Seronoknya membela haiwan..


Assalammualaikum...apa khabar iman pada hari ini? Sama2 kita berusaha untuk meningkatkan dan mencambahkannya...^_^


Pertama sekali, syukran yang tidak terhingga pada sahabat2 yang sudi menjengah ke blog ana. Moga setiap mesej yang disampaikan dapat kita manfaatkan bersama...insyaALLAH...

Dah lama sebenarnya ana menanam hasrat untuk membela haiwan dalam hostel. Tak besar, kecil pun sudah cukup. Sekadar peneman bila terasa bosan kat hostel, boleh berborak2 walaupun dia tak faham.hehe...tak boleh rasanya kalau tak ada haiwan dalam hidup. Bila sudah bela binatang, kenalah bertanggungjawab menjaga kebajikannya. Jaga makan dan minum. Jangan biarkan mereka lapar, dahaga dan dalam kesakitan. Banyak hikmahnya, antaranya boleh mengurangkan stress dalam hidup, dapat mengelakkan pembaziran dengan memberi mereka sisa2 makanan dan macam2 lagi...^_^

Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, "Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi." Dalam kisah ini, seorang wanita telah mengurung seekor kucing, tapi dia tidak memberinya makan dan minum sehingga mati kelaparan dan kehausan. Sungguh buruk akhlak dan tiada belas kasihan langsung dalam hatinya. Sengaja dia menyeksa kucing itu. Jika ada belas kasihan dalam hatinya, pasti dia akan melepaskan kucing itu. Dalam kisah ini juga, dia mengurung kucing itu sepanjang masa, siang dan malam tanpa kasihan. Tak terkesan sedikit pun dalam hati wanita itu dengan suara kucing seolah2 minta bantuan. Suara kucing itu sayup2, makin lemah dan terus menghilang...Akhirnya, kucing itu mati..:-(


Rasulullah s.a.w telah menyampaikan pada kita sekiranya kita berbuat baik pada binatang akan peroleh pahala. Jika kita enggan memberinya makan dan menjaganya lagi, hendaklah kita melepaskannya dan biarkannya mencari makanan di tempat lain.


Dalam sebuah hadis yang juga riwayat Bukhari bilangan 3208, rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu. Pasti kita tertanya2, bukankah anjing itu najis mughallazah? Dalam mazhab Syafie, sentuhannya mewajibkan kita membasuh dengan air dan air tanah. Dalam kisah ini, bukan soal najis atau tidak najisnya anjing itu, tapi sikap kemanusiaan dan simpati terhadap anjing itu. Itula indahnya Islam, agama yang berkasih sayang terhadap semua makhluk.^_^

Ada 1 kisah yang ana terbaca mengenai hidup seorang wanita muslimah yang tua dan uzur. Lutut lemah dan sentiasa sakit. Tawaf dan saie pun dengan menggunakan kerusi roda. Nak buat yang sunat pun tak mampu kerana uzur. Tapi, ada 1 amalan mulia yang dimiliki oleh muslimah tua ini iaitu mengasihi dan menyayangi kucing seperti sunnah Nabi s.a.w. Dia amat suka dengan kucing, rumahnya banyak dengan kucing. Dia layan dengan baik, bagi makan dan minum. Kucing2 yang dibuang orang dipungut, dirawat, dimandikan, diberi makan dan minum. Walaupun kucing jalanan itu lemah, sakit, berkudis, kurus dan lumpuh, wanita itu tetap ambil untuk dirawat di rumahnya. Mana2 kucing yang mati, ditanamkan dikebunnya. Begitulah kasihnya wanita tua itu terhadap makhluk Allah yang lemah lembut itu. Dia ikhlas menjaga dan menyayangi mereka. Pada tahun dia berangkat menunaikan haji, hatinya gembira dan sayu. Dia terasa nak tawaf banyak2 macam orang muda dan sihat. Tapi, dia sakit lutut dan uzur pula. Dia berdoa pada tuhan agar hajatnya termakbul. Suatu hari, semasa dia nak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaannya yang bertongkaat, dia terjumpa dengan seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar. Bila kucing itu nak bangun untuk berjalan, ia jatuh berkali2. Wanita tua itu kasihan melihat kucing itu menderita dan sengsara. Dia hampiri kucing itu dan diurut tubuhnya. Dia belikan nasi berlauk dan diberikan air zam-zam untuk kucing itu. Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu kelihatan manja dan menggesel2 pada kaki wanita tua itu lalu menjilat kedua2 tapak kakinya. Lutut dan kaki yang sakit tadi, tiba2 menjadi sihat dan kuat seperti orang muda. Subhanallah...wanita tua tadi dapat tawaf sebanyak2nya. Tertunailah hajat dan doanya.



Begitulah ganjaran yang akan kita peroleh jika kita berbuat baik kepada makhluk Allah s.w.t. Kasihanilah kepada haiwan, jagalah mereka sebaik2nya dan janganlah kita menzalimi mereka. Mudah2an segala dosa2 kita akan terhapus dengan membuat kebaikan kepada makhluk ALLAH s.w.t..




















No comments:

Post a Comment