Assalammualaikum...

Sunday, March 28, 2010

Peraturan Allah vs Peraturan Manusia





Assalammualaikum...

Terlebih dahulu ana ingin ucapkan tahniah kepada seorang sahabat seperjuangan sewaktu belajar di POLISAS yang telah selamat melahirkan anak lelaki pagi semalam. Semoga pengorbananmu melahirkan akan dibalas dengan kasih sayang dan rahmat Allah. Berusahalah dalam membentuk seorang mujahid dan mujahidah yang cintakan agama dan berjuang di jalan Allah S.W.T...Kelak keluargamu akan berkembang menjadi keluarga Islam seperti kembangnya wardah2 yang menyinari alam.... Doa ana juga sentiasa mengiringi sahabat2...^_^




Minggu ni ana agak terkilan kerana tidak dapat mengikuti program 'Jungle Tracking' anjuran Nisa' Putrajaya kerana terpaksa mengikuti Bengkel ' Social and Business Etiquette'. Belajar protokol, cara2 makan, cara menjaga kebersihan diri, cara menjaga penampilan diri dan banyak lagi. Modul yang wajib untuk ana hadiri dan akan memberi kesan kepada graduasi semester terakhir yang tidak mengikutinya. Tak mengapalah, demi belajar dan belajar itu pun satu jihad yang mulia...



Dalam kehidupan, terdapat peraturan dan undang2 yang terpaksa kita turuti. Ada peraturan yang diciptakan manusia sendiri yang tidak terkait dengan peraturan Allah contohnya membayar tiket 'parking' kereta, melarang orang lain berjaja di kawasan2 terlarang, membayar tol, membayar tiket, tidak boleh merokok di kawasan2 larangan, peraturan lalu lintas (ni saja idea yang terkeluar...^_^).




Jika peraturan tidak diikuti, pastinya kehidupan akan menjadi kucar-kacir dan haru biru. Contohnya jalanraya, pasti banyak berlaku kemalangan dan disebabkan itu manusia dikurniakan akal fikiran untuk mencipta peraturan supaya kehidupan menjadi lebih teratur, berdisiplin. Jika tidak, pasti masing2 saling cabar mencabar. Begitu juga dengan kehidupan seharian kita, semuanya ada peraturannya. Naik bas kena beratur dulu, perlu datang awal ke kelas, bila bekerja tidak boleh ponteng, statik mengikut jadual harian dan sebagainya.

Allah berfirman:

“Lahirlah kerosakan di lautan dan di daratan akibat dari tangan-tangan manusia”
[Q.S. Ar Rum : 41]



Peraturan Allah S.W.T pula adalah peraturan yang wajib kita ikuti. Contohnya peraturan melarang umat Islam dari berzina , meminum arak dan berjudi. Jadi hukumnya adalah haram jika melakukannya. Allah menetapkan peraturan seperti kita bersembahyang 5 kali sehari, berpuasa, membaca al-quran dan sebagainya. Begitu juga cara kita berpakaian, Allah telah menetapkan hukum berpakaian dengan menutup aurat seelok2nya. Jika Allah berkehendakkan ia begitu, begitulah ia. Allah bukan saja meletakkan peraturan kepada orang Islam saja malah orang kafir juga tetapi mereka hanya mengikut hawa nafsu semata2.



“Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum dari Allah maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang kafir” [Q.S. Al Maidah : 44]


Bolehkah jika kita melanggar peraturan Allah??boleh....tapi, ada syaratnya.
  1. Carilah tempat tinggal selain cakerawala Allah S.W.T
  2. Makan dan minumlah selain dari rezeki Allah S.W.T
  3. Bernafaslah selain dari udara Allah S.W.T
  4. Janganlah menganggap Allah itu Maha Melihat tapi anggaplah Allah itu lalai kepadamu
  5. Apabila malaikat maut datang, katakanlah 'tunggulah aku bertaubat dulu'


Sekiranya kita sebagai ketua dan pemimpin, apabila orang bawahan enggan mengikut peraturan2 dan undang2 yang kita tetapkan pastinya kita marah dan akan mengambil tindakan. Begitu juga Allah S.W.T, Dia pasti akan murka pada hamba2Nya yang enggan mengikutiNya. Akhir kalam, Allah menetapkan peraturan pada kita bukan kerana ingin menyekat kebebasan tapi kerana ingin menjaga diri dari terleka dengan duniawi dan mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat...hidup di dunia hanyalah sementara, di akhirat kelak yang kekal abadi...

1 comment:

  1. Bismillah
    Assalamualaikum

    Ukhti.. ana ex-POLISAS. Maaf bertanya..lama tak jumpa sahabat semua. Sahabat mana satu yang ukhti maksudkan..boleh ana tahu?

    ReplyDelete