Assalammualaikum...

Tuesday, April 13, 2010

Sumayyah binti Hubbath








Sumayyah binti Hubbath ialah isteri Yasir, salah seorang hamba milik Abu Jahal. Sumayyah seorang wanita muslim yang telah masuk Islam pada turutan yang ketujuh selepas Abu Bakar, Bilal, Khabbah, Shuhaib dan Ammar.

Ia adalah seorang yang sangat tabah dan cekal dalam mengharunggi sebarang ujian. Keimanannya tidak pernah luntur sekalipun ia banyak menerima ancaman dan penyiksaan daru tuannya, Abu Jahal.


Suatu ketika Abu Jahal menyedari bahawa seorang demi seorang hambanya telah memeluk Islam. Ia merasa sangat marah lalu mengambil tindakan keras terhadap mereka. Sumayyah dan suaminya serta dua orang anaknya Ammar dan Abdullah telah ditangkap.

Tangan dan kaki mereka telah diikat dengan tali sehingga tidak mampu untuk melepaskan diri. Abu Jahal berusaha memaksa Sumayyah dan keluarganya supaya meninggalkan ajaran nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal berkata dengan keras, "Celaka kamu semua, Muhammad itu adalah seorang gila, mengapa kamu mengikut ajarannya? Jika kamu mahu selamat. kembalilah kepada agama nenek moyang kita"


Oleh kerana Yasir, Sumayyah dan anak-anak mereka masih setia dengan Islam, Abu Jahal mengambil keputusan untuk melakukan deraan. Mereka semua telah dilemparkan di tengah-tengah padang pasir yang panas di simbah kepanasan matahari. Ketika itu Sumayyah meyaksikan sendiri bagaimana nasib yang menimpa ke atas keluarganya.

Dia terpaksa menerimanya dengan hati yang tabah dan redha kepada ketentuan Allah S.W.T. Mula-mula Sumayyah menyaksikan suaminya, Yasir disebat dengan cemeti. Kemudian ia dipanggang di atas bara api sehingga dagingnya melecur.


Bau kulit terbakar menusuk hidung. Yasir tidak dapat menahan kesakitan yang amat sangat sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Sumayyah melihat kejadian itu dengan hati yang sabar dan tenang. Kedua-dua orang anaknya berpelukan sambil menangis kerana kesedihan.Kemudian Sumayyah melihat sendiri bagaimana giliran anaknya Abdullah menerima siksaan.

Abdullah diangkat ke atas pemanggang api yang sedang menyala-nyala. Tubuhnya terbakar sehingga hangus. dia mati dengan wajah yang berseri-seri. Abu Jahal sedang dalam kemarahan kerana keluarga Sumayyah masih enggan meninggalkan agama Muhammad S.A.W.


Sebagai seorang ibu, Sumayyah tetap merasa sedih dengan kejadian itu tetapi dia berdoa agar Allah S.W.T. memberikan balasan yang baik kepada keluarganya.Sumayyah menerima hukuman dari Abu Jahal dengan hati yang tenang. Dia diangkat ke atas tempat pemanggang api, kemudian diturunkan semula.

Abu Jahal berkata, "Jika engkau mahu keluar dari agamamu, aku akan lepaskan Ammar."

Lantas Sumayyah berkata dengan tenang kepada Abu Jahal "Ammar tahu tanggungjawapnya terhadap Tuhan, sebagaimana aku tahu tanggungjawapku terhadap Tuhanku. Oleh itu, aku tidak ada kaitan dengannya.

"Dengan hati yang marah, Abu Jahal dan para pengikunya telah mendera Sumayyah dengan keras. Sumayyah telah dijemur di tengah padang pasir yang panas. dia dibiarkan di bawah pancaran matahari yang sangat terik.


Tubuhnya telah ditusuk dengan sebatang tombak yang tajam. Akhirnya Sumayyah menemui ajalnya dengan keimanan yang suci.Sungguh mulia kedudukan Sumayyah di sisi Tuhannya.

Rasulullah S.A.W. yang menyaksikan peristiwa tersebut ada menyatakan, "Bersabarlah wahai keluarga Yasir! kerana tempat yang dijanjikan untukmu adalah syurga." Begitulah semangat dan keberanian Sumayyah ketika menghadapi ujian yang paling berat. Ia bukan sahaja wanita yang hebat dengan ketabahannya, bahkan tercatat dalam lembaran sejarah dengan tinta emas. Dialah wanita terulung mati syahid dalam Islam.


Dengan keimanannya, Sumayyah berani menghadapi golongan manusia yang paling zalim sebaris dengan Fir'aun.

Gambaran wanita cemerlang inilah yang harus dimiliki oleh kelompok orang-orang yang beriman dalam menghadapi pihak yang zalim.

No comments:

Post a Comment