Assalammualaikum...

Saturday, April 3, 2010

Warkah dan Nukilanku...


Assalammualaikum...

Moga Allah sentiasa memberkati hidup sahabat2...

Post hari ini adalah luahan hati ana...ciptaan dan rekaan ana sendiri. Ana bukanlah seorang yang pandai mengarang tapi tak salah mencuba...^_^. Selamat Membaca...


Waktu ini, ketika ini

Aku merenung bulan yang indah

nun jauh di atas sana

Terang bercahaya

Tetap indah walaupun dalam kegelapan




Aku juga ingin menjadi seperti bulan

Sukar digapai tetapi tetap indah menghiasi alam

persis perhiasan duniawi

Mengindahi taman2 syurga

Tapi layakkah aku menjadi seperti itu?


Jika dihitung dosa2 kelmarin

bagaikan pepasir di pantai

terasa diriku hina kerana penuh dengan dosa

Tertanya2 di dalam diri adakah masih ada waktu dan ruang untukku?

Mampukah segala amalanku selama ini menghapuskan dosa2 kelmarin?

Layakkah aku menjadi wanita solehah?


Ya ALlah,

Saat dan tika ini

Aku benar2 ingin menjadi hambaMu

Hamba yang sentiasa mendambakan kasihMu

Hamba yang mencintaiMu melebihi segalanya

Hamba yang sentiasa bersyukur kepadaMu

Hamba yang solehah

Dunia dan akhirat


Ya Allah

Jika aku tersilap langkah

Luruskanlah kembali perjalanan hidupku

Jika aku alpa

Peringatkanlah tujuan sebenar hidupku

Jika aku menangis kerana kesedihan

Gembirakan aku dengan kasih sayangMu


Ya Allah

Jika aku kehilangan

Gantikanlah yang lebih baik untukku

Agar aku redha dengan ketentuanMu

Agar aku sedar ada rancanganMu untukku

Agar aku tahu dialah hadiah yang terbaik untukku


Aku tidak minta diberikan emas dan berlian

Aku tidak minta dijanjikan mahligai indah

Aku tidak mengimpikan sehebat Rasulullah S.A.W

Kerana aku bukanlah sebaik Siti Khadijah

Tapi temukanlah aku dengan insan yang mampu membahagiakan aku

Temukanlah aku dengan insan yang berjuang ke jalanMu

Menyambut kembali tanganku andai terlepas dari genggamannya

Temukanlah aku dengan insan yang melabuhkan cintanya kepadaMu

Supaya aku mampu menyintainya kerana cintanya padaMu

Supaya aku mampu meraih keredhaanMu kerana bimbingannya

Yang dapat menjadikan aku persis Mawar Berduri

Bunga Mawar yang mampu mengeluarkan haruman di taman2

Menghiasi taman2 syurga


Ya Allah

Berikan aku nur hidayahMu

Kukuhkan aku dengan kekuatan jiwaku untuk mencari sinarMu

Jangan biarkan aku tewas dengan nafsuku sendiri

Bantulah aku yang serba kekurangan ini


Aku tidak minta disanjung tinggi

Aku tidak minta dipuji melambung tinggi

Kerana aku hanyalah insan biasa

Yang ingin menjadi persis Mawar Berduri

Wanita solehah hiasan duniawi...


Hasil nukilan : Nur Sarahah Abd Rahman



































2 comments:

  1. salam...sarah...sedap sgt hasil nukilan anti...semcm seorg pakar yg menukilnya...begenang air mata ana m'bacanya...tesentuh...menusuk kalbu...nak2 sambil mdgr lagu yg didendang dlm blog anti ni...nukil lar lg sarah...ana nak bc lg.. (^___^)

    p/s: klu ana nak amik kit ayat anti ni utk di jdkan sbg mutiara kata leh kan? huhu..

    -salwa-

    ReplyDelete
  2. w'salam.boleh je salwa...ana ni tak lah hebat mana mengarang, tapi ini lah luahan hati ana...mungkin anti dapat rasa ape yang ana rasakan...sebab tu bergenang air mata kot...hehe.syukran kerana beri semangat kat ana. InsyaAllah, ada masa ana nukil lagi k...^_^

    ReplyDelete