Assalammualaikum...

Thursday, October 1, 2009

Salahkah kami ingin berpurdah/niqob??

Purdah Oh Purdah...




Jumhur ulama’ yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.
2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.

3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan ‘tidak boleh masuk dengan masyarakat’. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?


Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar’i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!







6 comments:

  1. saya disisihkan di syarikat sy bekerja kerana sy berniat untuk berniqab selepas bertekad untuk berubah dari dunia lama saya....apa yg pasti dugaan tu makin lama makin tinggi. seolah-olah mereka memaksa saya kembali ke dunia lama sy..dan yg lebih kejam, boss sy kata sy akan menjadi penghasut kepada gadis2 yg cantik (tidak pakai tudung) utk bertudung litup seperti sy. penjenayah kah wanita islam yg bertudung dan berdosakah melakukan perintah Allah..itulah melayu islam. islam pada nama, tp hakikatnya menolak ajaran Tuhan Yang Menciptakan mereka....

    ReplyDelete
  2. sedihnya dengar cerita anti...akhir zaman, kita dianggap pelik dan teruk. Yang terang2 buat dosa dan buka aurat disanjung dan dihormati..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wrt wbt,

    Adik Nur Sarahah,

    Bagus entri adik ni. Akak dulu pun berpurdah ketika menuntut di Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri dan KL. Ketika nikah juga akk masih berpurdah.

    Tetapi akak mula tidak lagi berpurdah apabila masuk alam pekerjaan. Minat akk yang mendalam dalam bidang dakwah dan pembangunan insan (bidang pengajian di UM)akk terjun ke bidang latihan pembangunan insan. Dalam bidang ini akak banyak memberi khidmat latihan kepada orgramai..dlm pelbagai bidang..

    Susah untuk dinafikan, ra`yul `am (world view), waqi' sekarang,org ramai ada persepsi yang kurang baik terhadap org berpurdah.Ada salah tanggapan di situ..ada juga kerana salah org berpurdah sendiri. Akk mula risau dengan sikap segolongan org berpurdah.

    Berpurdah tetapi menghias matanya agar nampak cantik

    Berpurdah tetapi akhlaknya tdk selaras dgn pakaiannya

    Berpurdah tetapi ambil gambar gaya chicky

    Berpurdah tidak faham tuntutan berpurdah

    Betul!berpurdah adalah satu pendekatan yang azimah dlm perjalanan kita mendekatkan diri kepada Allah..maka azimahlah dari segala segi.menuntut ilmu, akhlak, ikhtilat, dan aspek laen...

    Doa akak, moga adik dan rakan2 adik akan istiqmah dan terus bertahan.

    Ada seorang ustaz pernah menasihati akk dulu "Ada hijab yang lebih utama dari hijab muka kamu...hijabkanlah hati kamu dengan rasa malu kepada Allah, pasti Allah akan memelihara kamu."

    ReplyDelete
  4. http://www.youtube.com/watch?v=KCdS16ZZLcc&feature=related

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt.

    Saya berniat untuk berpurdah semasa saya dalam tarbiyyah tanpa ada paksaan dan saya sejujurnya tiada rakan-rakan berpurdah ketika itu. Saya orang yang paling kuat anti wanita berpurdah.

    Selepas 7 tahun, hadirnya perkara yang sgt manis dan indah dirasai. Orang kata mimpi itu permainan syaitan. Bermula mimpi pertama, diminta pada keluarga tetapi dianggapkan sebagai terrorist dan takut rezeki tidak akan hadir. Saya diamkan diri dan zikr dan solat malam pada setiap malam. Tiap2 tahun pada harijadi saya, saya akan meminta. Sehinggakan kakak sendiri di dalam aliran dakwah melarang saya. Terkejut. Kakak sendiri yang membawa saya ke arah jalan yang indah. larang kerana risau...

    Siapa sangka..setelah beberapa tahun harijadi saya diraikan, dan saya meminta untuk berpurdah pada ayah saya yang kadangkala marah dan sebagainya. tetapi Allahu Allah, ayah saya tidak marah, malah menggalakkan dan dengan intonasi yang lembut selembutnya. Itulah kenangan paling indah..apabila hati yang keras tiba2 berintonasi lembut dan sungguh best. Subhanallah. Sebelum perkara itu terjadi, saya bermimpi juga..dan subhanallah. Terlalu indah dan saya bersyukur sy belajar di sebuah universiti tersergam indah di shah alam..tidak dilarang sama sekali. Dan kini, ada seorang adik memakai purdah juga di universiti saya. Di uni, saya tidak keseorangan berpurdah.kini berdua. Cuma sayangnya, adik itu dimalukan atau tidak dibenarkan belajar dalam kelas kursusnya sekiranya dia berpurdah.

    Semoga kita menjadi yang terbaik dan contoh yang terbaik dan bantu membantu antara satu sama lain. Ameen.

    ReplyDelete
  6. salam dik...msyrakat islam ari ni mengaku diri islam tp masih jahil dlm banyak perkara..dunia akhir zaman individu yg berpakain mengikut syariat dan sunnah memang dipandang serong..namun insyaallah KEREDHAAN ALLAH SWT akan hadir nanti..akak alami situasi sebegini..dipandang serong hatta mereka yg mendakwa ahli agamapun...namun taufik n hidayah waktu di tanah suci gerakan hati utk berpurdah kental di hati..yg penting redha Allah..mudah2n kite istiqomah berpurdah hga ke akhir hayat...

    ReplyDelete